Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook/sariahawangsenik
Sebenarnya mata ini hendak tidur sangat. Mengantuk rasanya macam tak boleh bawak bincang lagi dah. Tapi mengenangkan terpaksa menunggu seseorang, maka secara beransur-ansur pun layankan jugaklah sedikit coretan untuk malam ini.
Dan demi nak hilangkan rasa mengantuk yang teramat sangat, maka gigihlah mencari gambar pemandangan sebagai juadah untuk hilangkan rasa mengantuk ini.
Ada sedikit kerisauan terbit dihati ini. Mengenangkan anak dara nan seorang diasrama itu.
Entah apalah khabarnya. Baru berangan-angankan dia, tiba-tiba dia pun call baru sekejap tadi. Terubat rasa kerinduan. Alhamdulillah dia menang dalam beberapa acara sukan di sekolahnya.
Ingatkan dahulu dia tidak aktif. Namun ikut juga dia nasihat abangnya agar melatih diri untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sekolah. Sebabnya semua itu memainkan peranan penting untuk peperiksaan PT3 yang bakal dia duduki pada bulan September nanti.
Berdoa setiap masa dan saat agar dia berjaya dalam pelajaran dan juga agama. Sangat cepat masa berlalu. Bulan April nanti, genaplah usia anak dara 15 tahun. Tidak mampu memberi hadiah yang mahal-mahal kerana secara jujur memang tidak mampu.
Ya Allah kau lindungilah anak dara dan juga abangnya. Betapa mereka berdualah hadiah yang teramat mahal kurniaan dari Allah yang maha esa.
Sekian
No comments:
Post a Comment