Wednesday 30 March 2022

AKHIRNYA DIA BERJAYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Bukan mudah semua perjalanan ini. Membina satu impian baru setelah melalui beberapa episode kehidupan yang menyakitkan. Namun setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah anak teruna berjaya juga menamatkan pengajiannya di peringkat diploma. Dalam masa yang sama,dia kini sedang menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula.

Terasa masa berlalu sangat pantas. 3 tahun berada di negeri Pahang Darul Makmur menjadikan anak teruna seorang yang berdikari dan tidak gentar mengharungi segala kesusahan. Dia juga mendapat beberapa kepujian dalam beberapa bidang di fakultinya.

Pengorbanan diri ini beberapa tahun lepas demi untuk melihat kejayaan anak-anak berbaloi juga walaupun bukan semua.

Doa untuk kedua anak tersayang tidak pernah ada. Kejatuhan dan kekecewaan dahulu menjadi inspirasi buat diri agar terus bangkit dan berjuang sehingga ke akhirnya.

Semoga Allah merahmati disetiap langkah anak-anak dalam menuju kejayaan dan juga apa saja yang membawa kebaikan.
Harapannya agar anak-anak tidak lupa akan kesusahan semalam serta tidak melupakan diri ini ketika telah berada di kemuncaknya.
Insya-Allah.


Sekian

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...