Wednesday, 6 July 2022

MENANGISLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Bermacam kes yang tidak sepatutnya berlaku sejak kebelakangan ini. Terbaru kes suami yang membunuh anak dan juga isterinya. Padahal suaminya disifatkan oleh bapa mentua sebagai seorang yang baik dan suka membantu orang lain.

Secara jujurnya kita pun tidak tahu apakah bebanan emosi yang ditanggung oleh seseorang. Walaupun luarannya nampak seperti tiada apa yang berlaku, namun hakikatnya adalah sebaliknya.

Maka sebagai seorang sahabat, saudara-mara ataupun jiran sangat perlu untuk bertanya khabar masing-masing dan membantu apa yang termampu.

Bagi yang sedang mengalami satu masalah, tidak semua orang selesa untuk berkongsi masalah dan perasaan masing-masing. Namun tidak bermakna kita mengabaikan mereka daripada kehidupan kita.

Dan sesekali kita perlu menangis untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Menangis mampu menghilangkan segala tekanan dan juga keresahan yang melanda hati seseorang.

Menangis juga adalah bagus dari segi kesihatan. Ianya terjadi akibat rangsangan fisiologis terhadap emosi yang menyebabkan titisan airmata seseorang.

Setiap apa pun yang kita lakukan ada hadnya dan tidak keterlaluan. Jika menangis dapat memberikan satu kelegaan maka kita patut meluahkannya sesekali perasaan hati daripada terus memendamnya yang mungkin mengakibatkan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri nanti.

Sekian

No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....