Thursday, 16 June 2016

DUGAAN BESAR DI BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam Ramadan yang ke 12 harinya. Tiada terhingga rasa syukur dihati ini kerana masih lagi berpeluang melakukan ibadah berpuasa serta jug ibadah-ibadah yang lainnya. Kata orang bulan puasa semua bulan yang penuh rahmat dan sangat mulia.

Hati terasa sangat sayu dan berasa begitu terkejut mendengar perkhabaran yang sangat memilukan daripada adik tersayang tentang sahabat baiknya iaitu Areen Rahman yang kini sedang koma di Hospital Kajang. Dia mengalami Brain Stem Stroke akibat saluran tunjangnya pecah di otak serta mengalami pendarahan. Semuanya ini terjadi kerana dia sebenarnya menghidap penyakit darah tinggi.

Dugaan yang sangat besar dan dia insan yang sangat bertuah dipilih untuk melalui dugaan yang sangat besar ini. Secara kebetulan dia mempunyai sepasang anak kembar yang masih kecil dan belum memahami apa sahaja yang terjadi kepada mamanya sekarang.

Jika ada yang berkemampuan bolehlah membuat sedikit sumbangan untuk didermakan kepada keluarganya yang tersayang. Semoga dengan sedikit perkongsiaan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh semua ahli keluarga Areen Rahman.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala jasa doa dan juga pertolongan yang bakal dilakukan nanti. Jika ingin ketahui lebih lanjut tentang bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Friday, 10 June 2016

REZEKI DI BULAN RAMADAN

REZEKI DI BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Dah hampir seminggu kita berpuasa kan. Terasa cepat sangat masa berlalu. Walaupun bulan Ramadan, tetapi saya harus jalankan tanggungjawab saya seperti biasa. Tiada apa yang jauh berubah. Semua seperti biasa.

Apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Menjalani ibadah puasa bersama anak-anak tersayang sangat memberi makna yang besar dalam diari kehidupan seorang ibu tunggal. Tidak pernah mengeluh dengan.apa yang dikurniakan, malah berasa sangat bersyukur.

Bulan Ramadan ini, bulan yang penuh dengan rezeki dan amal kebajikan. Di masa inilah, kita sibuk berlumba-lumba membuat kebajikan dan bersedekah di sana dan sini. Kalau nak bersedekah itu, tidak semestinya wang ringgit. Hatta, sebiji buah kurma juga boleh disedekah. Besar ganjarannya, dan hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Masa bulan Ramadan inilah, saya sibuk mencari pendapatan tambahan. Selalunya dalam hati saya senantiasa berdoa agar ada rezeki yang lebih atau rezeki yang tidak disangka buat saya dan anak-anak. Alhamdulilah juga berkat pertolongan rakan-rakan, mereka semua.tidak pernah jemu membantu apa yang patut. Contohnya macam tempahan Sambal Itam Pahang ini. Asalnya hanya nak suka-suka untuk gembriakan hati orang. Tetapi tidak sangka sama sekali mendapat sambutan pula.

Kalau tengok daripada gambar itu, saya telah selesai siapkan tempahan oleh salah seorang sahabat saya. Sambal ini memang nampak hitam semacam. Tetapi rasanya agak pedas berapi sedikit.
Apa pun, tidak siapa yang dapat menyangka rezeki dibulan Ramadan. Siapa sahaja berhak dan layak mendapat segala rezeki.

Sebelum saya akhiri entri ini, saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamt jalankan ibadah puasa dan semoga segala urusan berjalan dengan lancar.
Insha Allah.


Saturday, 4 June 2016

BULAN ITU DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Tidak lama lagi nak berpuasa semula. Insha Allah mungkin esok akan bermulalah puasa kita. Dan pagi nanti bersahurlah kita semua. Bahang bulan Ramadan ini dan amat terasa sejak beberapa minggu yang lepas. Cuaca pula, sekejap hujan dan sekejap lagi panas terik. Kalau tidak jaga kesihatan dan minum air yang banyak, alamat tidak sihatlah kita dibuatnya.

Apa pun syukur masih bernafas dan berpeluang jalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh rahmat dan berkat bagi semua umat Muhamad. Nak buat amal kebajikan dan juga sedekah, inilah masa yang paling sesuai. Tapi janganlah bulan puasa sahaja, teruskanlah hingga ke bulan yang seterusnya dan kekalkan dalam diri kita itu.

Sebenarnya, bukan lama sangat bulan puasa ini. Peringkat permulaannya sahaja. Iaitu minggu pertama. Lepas itu, dah ok dan percayalah masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar-sedar dah pun nak raya. Kalau nak raya macam-macam nak dibuat. Jadi nak puasa pun siap-siapkanlah diri untuk hadapi semua dugaan dan rintangan yang maha hebat.

Dikesempatan ini, saya selaku tuan tanah blog Travelog Kehidupan ini, memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan diri yang tidak sempurna ini. Semoga di bulan Ramadan tahun ini, kita semua akan diberikan lebih lagi kesihatan yang baik supaya dapat lagi membuat amal kebajikan dan bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan. Insha Allah. Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday, 31 May 2016

HIDUP MENJADI-JADI DENGAN GROUP SUPPORT LIKE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum, alhamdulilah cepatnya masa berlalu. Sekarang dah pun bermula cuti sekolah. Dalam beberapa hari lagi, akan bermula pula bulan puasa. Tapi yang terujanya nak sambut puasa kali ini, adalah kebetulan bermula puasa pada cuti persekolahan. Dah tentulah anak- anak ada dirumah dan kenalah memasak seperti biasa. Apa pun walau sibuk dengan anak-anak dan kerja saya tetap juga menjalankan segala tugasan saya dengan GROUP SUPPORT LIKE.

Sebenarnya saya bukanlah lama sangat join GROUP SUPPORT LIKE ini. Rasanya baru beberapa bulan sahaja. Tapi impaknya lepas dah join GROUP SUPPORT LIKE ini memang sangat  AWESOME!. Mana tidaknya bila join saja group ini, secara tidak langsung seluruh kehidupan anda akan bertukar 360 darjah. Yalah, yang paling ketaranya, apabila account FACEBOOK anda akan bertambah dengan ramai rakan-rakan baru yang super dupper POSITIF. 

Selepas itu akan diberi tugasan ADD semua rakan-rakan POSITIF yang baru dan dengan itu makin bertambahlah rakan baru anda. Dan the BEST partnya ialah, anda mesti LIKE ataupun KOMEN setiap status rakan-rakan yang lalu di newsfeed anda. Jadi walau anda tidak sempat nak KOMEN memandailah dengan hanya tekan button LIKE sahaja sudah menunjukkan anda memberi sokongan kepada setiap apa status yang rakan anda postkan.


Group Support LIke ini bukanlah jaminan bahawa sale anda akan 200 peratus, tapi jika kena gaya dan caranya ianya akan meningkat secara tidak langsung. Bila kita tekan button LIKE itu, pasti ada bunyi kan. Jadi hphone anda itu akan jadi riuh-rendahlah buat sementara. Rasa glamour dan bersemangat kan. Tidak percaya, cubalah anda join GROUP SUPPORT LIKE ini. Anda akan terasa AURAnya yang tersendiri. Malah akan jadi lebih displin untuk update apa sahaja status setiap hari dan juga waktu. 

Pengasas group ini ialah TUAN KHAIRUL ZAHRIN ABD KARIM. Seorang hamba yang biasa tapi boleh jadi luar biasa hebat dah sekarang. Dia dibantu oleh beberapa orang admin yang memang sangat komited dengan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Setakat ini pendaftaran untuk join group ini bukanlah mahal sangat. Bua masa ini, pendaftaran hanya sekitar RM30 sahaja. Tapi mungkin juga akan bertambah suatu hari nanti, mana tahu kan.Jadi sebelum yurannya bertambah, baik mendaftar dari sekarang. 

Sejak dah join Group Support ini, saya semakin POSITIF dan sentiasa dapat kekalkan aura walau ada ketikanya rasa lemah semangat. Tapi perasaan  itu, tidaklah bersarang terlalu lama dalam diri saya. Jarang pula sekarang saya mendengar suara-suara kecil yang selalu asyik segala rutin kehidupan saya.


Kesimpulannya, kehidupan semakin menjadi-jadi. Bila buka sahaja account Facebook setiap hari penuh dengan aktiviti rakan-rakan positif yang lain dengan memberi like ataupun komen mereka. Nak join group support ini pun bukanlah susah mana pun. Anda boleh dapatkan segala maklumat melalui saya, Sariah Awang Senik di no tel 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

-

Wednesday, 25 May 2016

LAKUKAN YANG TERBAIK SETIAP HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Syukur sesangat atas segala rahmat. Semoga semuanya dipermudahkan dengan sebaik-baiknya. Pagi ini cuaca agak mendung sedikit. Tapi biarlah. Semalam hari panas membara. Nak habiskan puasa yang tertunggak memang perit.

Adat mansia, suka buat kerja last minute. Dah nak dekat nak puasa, barulah sibuk nak ganti puasa. Kalau tidak, buat tidak kisah pun. Macam itulah dengan diri ini. Apa pun memang tiap hari usaha nak lakukan yang terbaik melebihi dari hari-hari yang sebelumnya. Apa pun, walau peningkatan tidaklah banyak namun sangat puas hati sebab setiap hari selalu dapat LIKE/KOMEN yang banyak disetiap status yang diposkan. Rasa teruja sesangat.

Dengan semua itu, dapatlah saya selalu kekalkan aura positif dan senantiasa bersemangat melakukan sesuatu. Harap-harap rakan yang lain di GSL tu juga akan dapat peningkatan sebagaimana yang saya rasakan sekarang.

Semoga kita semua terus suksess dan dapat lakukan yang terbaik setiap hari, setiap masa dan terus konsisten.
Di puncak kejayaan nanti kita akan bertemu kembali dan sekaligus meraikan kejayaan bersama-sama.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday, 22 May 2016

ADA APA DENGAN #GROUP SUPPORT LIKE/KOMEN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismilaahirahmannirahim.

Syukur, alhamdulilah. Amboi, agak lama juga tidak menulis entri baru di blog ini. Nasib baik tidak bersawang lagi. Kalau tidak mahunya sia-sia segala usaha selama ini. Nak mula, tidak akan tidak nak buat sampai habis. Kenalah usaha gigih lagi kan. Betul tidak?

Sebenarnya bukannya minat menulis itu hilang terus, tapi banyak juga masalah lain yang perlu saya uruskan. Alamak, nampak macam nak bagi ALASAN je. Ok, kita tidak payah fikir pasal hal itu lagi. Baru-baru ini, saya dah join satu group yang sangat ' awesome'.

Nama group ini Group Support Like/Komen. Tujuannya adalah untuk kumpulkan semua usahawan yang hebat-hebat tidak kira yang buat bisnes online ataupun offline. Dengan hanya beri sokongan melalui tekan button like, sekaligus kita telah pun beri sokongan dan memberi semangat kepada rakan-rakan yang lain. Bestkan macam itu. Lepas itu secara automatik kita akan ramai rakan-rakan yang baru yang datang daripada pelbagai latar belakang.

Yang peliknya aura mereka sangat positif. Jadi dengan join group ini, bolehlah kita selalu maintain semangat supaya tidak cepat down ataupun tersentap. Ala, biasalah kan. Ada masa kalau tidak dapat sale, kita cepat rasa down dan sebagainya. Tapi bila follow group ini, dan baca semua status rakan-rakan secara tidak langsung kita rasa bersemangat semula.

Terbaik kan macam itu. Kalau kena gayanya yang betul, kita akan dapat belajar banyak ilmu yang baru dan juga tips-tips yang sangat berguna. Selain itu kan, kat group ini juga ada kelas-kelas online yang diadakan di Telegram berkaitan rapat dengan apa yang kita buat.

Cuba bayangkan, kita taip status dan dapat like atau komen daripada rakan-rakan. Jadi tidaklah rasa macam cakap sesorang kat Facebook itu. Tidaklah rasa macam syok sendiri je. Tapi kena jugak, jangan tunggu orang like je statua kita. Kita juga kena like dan rerajinlah komen yang baik-baik tentang apa sahaja status rakan-rakan kita itu.

Maknanya nak dapat banyak like, kitalah usaha like juga status rakan yang lain. Janganlah asyik cerita tentang produk je. Lelama orang naik boring nak like dan juga follow kita. Lupa pulak nak beritahu ya, group ini diasaskan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Seorang hamba Allah yang biasa tapi punya idea yang luar biasa hebat.

Terima kasih kepada dia sebab tubuhkan group ini. Sekarang rakan-rakan baru semakin bertambah dan usaha untuk displinkan diri taip status seawal yang boleh. Status berupa nasihat, mendoakan, petua ataupun nasihat dengan tujuan saling mengingatkan antara satu sama lain. Namanya aktif di fb. Jadi kenalah bersosial dan beramah mesra terlebih dahulu. Asyik update status pasal produk, orang akan cepat bosan dan mungkin tidak akan dapat banyak lain.

Apa pun, tiada jaminan yang bila join group ini, sale kita akan mencanak naik, tapi kalau kena dengan cara yang betul anda akan dapat ramai propek yang baru yang berkemungkinan akan jadi pelanggan kita. Siapa tahu kan?
Jadi anda kenalah join dulu baru tahu. Tidak join tak tahu.

Kalau rasa berminat, boleh je hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com. Okeylah, cukuplah entri untuk hari ini. Insha Allah saya akan tulis entri yang lebih bermanfaat nanti ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...