Thursday 13 August 2015

TABAHLAH WAHAI HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hati seorang manusia amat sukar di duga. Ada masanya dibibir berkata lain, tapi di dalam hati hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui. Perasaan sedih, kecewa, tertekan dan pelbagai masalah lagi adalah perkara biasa yang harus ditempuhi di dalam kehidupan seharian. Amat perit rasanya saat hati dilukai dan dicurangi. Namun semuanya harus dihadapi sebaik yang mungkin demi kelangsungan sebuah realiti yang bernama kehidupan.

Hampir setiap hari berhadapan dengan.pelbagai karenah manusia. Ada yang senang berbincang dan tidak kurang juga yang lebih suka menjadi pemerhati. Sesetengahnya suka meluahkan apa sahaja pendapat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tidak kurang juga yang senantiasa berhati-hati setiap kali berbicara ataupun melakukan apa sahaja pekerjaan. Apa sahaja semuanya harus dihadapi setabah dan sesabar yang mungkin. Tersilap memberi pendapat maka banyak pula masalah lain yang timbul.

Tetapi hati ini harus lebih kuat dan tabah. Walau sekuat mana pun ombak dugaan kehidupan melanda, persisiran pantai hati harus di benteng dengan kekuatan keimanan dan kesabaran yang kuat. Jika hati terluka dan terusik, biarkanlah seketika. Jangan terlalu lama bersedih dan bangkitlah dengan semangat yang baru. Berjuanglah untuk mendapat kehidupan yang lebih bermakna bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat kelak. Insha Allah. Amin.

Coretan Ketabahan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...