Saturday 15 August 2015

SYAWAL TERAKHIR BERSAMA RAKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum. Tercapai juga hasrat hati untuk berjumpa dengan rakan baik sejak zaman persekolahan ini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah kami lalui semasa membesar bersama-sama dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.

Sebenarnya lama juga kami tidak berjumpa. Rasanya hampir 2 tahun tidak bersua semula. Apabila telah berkahwin dan mempunyai keluarga , masing-masing sibuk dengan anak-anak dan juga kerjaya. Nama teman baik saya sejak zaman persekolahan ini ialah Norhanim Hamzah dan juga Wan Nurriza Wan Abd Hamid. Masih ingat semasa kami membesar bersama-sama dan bersekolah, kami tergolong di dalam kalangan anak-anak yang agak nakal. Pernah satu ketika kami pernah beberapa kali ponteng sekolah semata-mata ingin mandi sungai yang terletak berhampiran dengan sekolah kami. Kami juga selalu berkongsi masalah tentang apa sahaja. Masalah keluarga, tentang pelajaran dan apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan kami ketika itu.

Walaupun kami tergolong di dalam kalangan anak-anak yang agak nakal, kami tidak pernah lupa untuk belajar dan cuba mencapai kejayaan di dalam bidang yang kami ceburi. Agak lama juga kami tidak pernah bertemu. Selalunya kami hanya sempat berbual melalui laman sosial seperti whatshapp, wechat dan juga Fb messenger. Rakan baik saya ini Norhanim kini aktif di dalam persatuan puteri UMNO dan beberapa persatuan yang lain. Sementara yang seorang lagi iaitu Wan Nurriza kini sedang bekerja di sebuah syarikat dan bercita-cita ingin sambung belajar lagi.

Semalan rakan baik saya telah mengadakan jamuan bersempena sambutan hari raya puasa. Ada pelbagai juadah. Makanan dan juga beberapa jenis juadah yang dimasak sendiri oleh rakan baik saya ini. Mengikut pada perancangan awal, saya bercadang untuk bertemu sekali rakan baik saya yang seorang lagi iaitu Wan Nurriza. Namun ianya tidak kesampaian kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Apa pun saya tetap berasa sangat berpuas hati dapat berjumpa semula dengan rakan baik saya iaitu Norhanim Hamzah. Saya berdoa agar suatu hari nanti dapat berpeluang untuk berjumpa semula dengan Wan Nurriza.

Saya doakan semoga kedua rakan baik saya ini berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Insha Allah saya ingin lagi berjumpa dengan mereka berdua jika ada masa dan kelapangan.

Coretan Kenangan Terakhir Syawal
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...