Thursday, 29 September 2016
TEMAN SETIA PENGLIPUR LARA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com
Hai, beginilah rutin harian saya. Selesai je, anak-anak ke sekolah, saya pulak sibuk melayan si bulus-bulus tersayang. Kalaupun semua kerja rumah dah siap dan kita ini sibuk dengan kerja kita sendiri, pasti si bulus ini akan berusaha untuk tarik perhatian saya.
Bukan manusia je yang nakkan perhatian. Binatang punandai nak berkasih sayang. Yang tengah duduk beriba ini namanya Tom. Dia ini kucing betina tapi sangat gilakan perhatian.
Tengoklah saya sedang sibuk draft posting untuk facebook, dia pulak sibuk cari 'pot' terbaik untuk tidurnya. Amboi, kita tengah sibuk cari idea, dia pulak menyelit nak tidur. Bukan seekor, tapi ada dua ekor lagi yang berusaha gigih nak cari perhatian saya.
Yang dua ekor lagi itu, namanya Rimau dan Nemo. Kalau nak tahu empat belas ekor kucing dirumah saya. Asalnya mereka ini hanya kucing datang. Tapi sebab kesian punya pasal, saya dan anak-anak pun kesian dan beri mereka makan. Apa pun masa saya tengah sedih ata tension, si bulus inilah yang menghiburkan hati saya yang sedang resah gelisah tu.
Itulah gunanya bila ada kucing ini. Walau hanya sebagai kucing jalanan, tapi bila lihat muka dia yang comel dan gelagatnya yang nakal itu, secara tidak langsung hilanglah semua rasa sedih dan juga risau itu.
Asyik fikirkan si bulus ini, hampir tidak siap semua jadual untuk posting saya esok harinya.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Monday, 26 September 2016
SELAMAT HARI JADI YANG KE 17
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Friday, 23 September 2016
WAKTU BEKERJA
Sumber : Tiada
https://sariahawangsenik.blogspot.com
Mulakan tugas seperti biasa dan juga seperti selalu. Kalau ikutkan memang dah berminat dengan kerja sekarang. Tapi sebab tanggungjawab punya pasal dan juga nak lakukan hanyalah sebab Allah yang maha esa.
Anggap saja, semua ini dugaan dan ada hikmah disebaliknya.
Kan, kalau ingat macam itu, tidaklah rasa stress kan?
Kalau asyik masalah je, memang tidak berjaya sampai bila-bilakan. Jadi daripada asyik fikir tentang masalah, baik kita cari peluang disebaliknyakan.
Apa pun memang sangat penting untuk senantiasa berfikir positif dan jangan memaksa diri untuk selalu fikirkan tentang masalah sahaja.
Usahalah untuk buang semua itu, macam kita buang dalam tong sampah itu kan.
Senang je. Bungkus dan terus buang. Habis cerita.
Jangan lama peram masalah itu kat dalam kepala dan juga hati itu kan.
Okey, saya nak stop sampai kat sini dulu. Insha Allah, akan saya share lagi satu entri yang menarik lagi ya.
Bye.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Monday, 19 September 2016
SETIAP HARI, ADALAH HARI YANG BARU
ABAH
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah. Dah pun selesai cuti sekolah selama seminggu. Kebetulan pulak, hari raya haji jatuh pada hari Isnin yang lepas. Faham-faham sajalah, kalau musim cuti ini, pasti ramai orang ditempat keja saya itu. Bekerja ditempat hentian rehat dan rawat, bukanlah perkara yang mudah. Setiap kali terpaksa berdepan dengan karenah para pelanggan yang seribu satu macam perangai.
Tapi bukan baru bekerja disini. Dah hampir 10 tahun lebih dah, bekerja disini. Melihat orang ramai yang sibuk pulang ke kampung untuk pulang menyambut hari raya haji yang lepas, teringat pulak kat abah dikampung.
Kenapa pulak teringat kat dia ya?
Biasalah. Rindu seorang anak kan. Walau arwah emak sudah lama meninggal dunia, saya tetap merindui abah dan juga arwah emak tersayang.
Abah atau nama penuhnya En Awang Senik Bin Adam memang seorang lelaki yang hebat dalam segala hal. Abah seorang lelaki yang setia dan pandai berdikari dan tidak pernah sesekali menyusahkan orang lain. Kalau dia tolong orang dalam kesusahan tidak mengapa. Tapi kalau abah sedang dalam kesusahan, pasti abah akan berusaha sedaya upaya untuk keluar dari kesusahan tersebut.
Bagi saya, abah seorang suami yang sangat hebat. Sejak dari kecil, saya selalu tengok abah dan juga arwah emak bekerja sama memguruskan rumahtangga. Abah akan sama-sama memasak dan juga mengemas rumahtangga. Kalau nak tahu, belum pernah saya tengok menyuruh arwah emak membuat itu dan ini. Semuanya abah usaha untuk uruskan sendiri tanpa menyusahkan arwah emak dulu.
Abah juga seorang lelaki yang sangat setia dan tidak suka habiskan sesuatu yang tidak berfaedah. Selepas arwah emak meninggal, setelah sekian lama barulah abah berkahwin semula. Itulah abah, seorang lelaki yang hebat dan memang susah nak cari lelaki macam abah sekarang.
Selain daripada itu, abah juga pandai memasak dan sangat kreatif. Rumah yang abah duduki sekarang juga, adalah hasil dari kerja tangan abah. Abah juga kreatif mengubah suai satu barang yang tidak digunakan menjadi cantik dan boleh digunakan semula.
Secara jujurnya, saya memang sangat merindui abah. Doakan saya untuk membalas semua jasa abah sementara masih berkesempatan. Saya doakan abah dan makcik saya senantiasa dibawah kasih sayang Allah yang maha esa.
Aamiin.
Saya sangat sayang dan kasihkan abah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Friday, 16 September 2016
RAHMAT SETIAP MASALAH
Thursday, 15 September 2016
MASALAH BUAT KITA JADI TABAH
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Semakin banyak masalah, makin jadikan kita lebih kuat dan juga tabah.
Bukan senang nak hadap semua masalah itu kan. Tambah dengan keadaan persekitaran yang selalu berunsur negatif.
Maka akan bertambah serabutlah kepala kita asyik memikirkannya.
Alhamdulilah. Cubalah tenangkan diri sambil memohon kepada Allah yang maha esa. Segala masalah dan juga dugaan datang daripada Allah. Dan dengan izinnya jugalah semua masalah kita akan selesai satu persatu.
Betul kan?
Cubalah usahakan dan rasai sendiri perbezaannya.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Wednesday, 7 September 2016
BERDAMAILAH DENGAN HATI
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Menghabiskan cuti selama dua hari bukanlah lama sangat sebenarnya. Tapi cukuplah mengambil masa untuk berfamai dengan hati atau senang cakap pujuk hati sendiri yang sedang dilanda keresahan ataupun macam tidak dihargai. Biasalah manusiakan. Tidak selalu sempurna dan ada masanya hati yang seteguh konkrit itu pun roboh juga.
Macam konkrit ke hati itu?
Alhamdulillah, selama ini memang ok. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini bagai dicarik-carik pula hatinya. Yalah mana tidaknya bila asyik dengar cerita dan keluhan yang sama. Dah ada segala-galanya, tapi entah kenapa seakan tidak pernah puas. Seolah-olah semua rasa sayang dan juga pengorbanan seakan tidak ikhlas dan mengharapkan balasan darinya. Amboi, macam serius pulak ya entri kali ini.
Itulah hakikatnya manusia tidak sempurna dan tidak akan selalunya sempurna. Tujuan entri ini saya tulis bukanlah nak mengaibkan sesiapa. Semuanya hanyalah sedang berfikir dan tenangkan hati yang sedang kacau bilau. Atau senang cerita damaikan hati sendiri dengan siraman zikir dan juga kepada maha penciptanya. Mungkin Allah sedang nak uji kuat atau tidak hati saya itu.
Selalunya bila dah jadi macam ini, apa nak buat ya?
Apa lagi, berdoalah kepada Allah dan banyakkanlah berdoa. InshaAllah, esok atau lusa adalah jalan keluarnya itu. Ehemm, dah malam ini, nak rehat dulu dan juga nak berdoa lagi kepada Allah yang maha esa.
Wahai, hati damailah kau dengan segala doa dan juga zikir. Daripadanya asyik fikirkan salah orang, baik terus jr berdoa kepada yang maha penciptanya.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Tuesday, 6 September 2016
TIPS PAKAI MINYAK WANGI SUPAYA TAHAN LAMA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : ARRISA MIKHEAL
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulillah. Syukur atas rahmat yang Allah telah kurniakan. Sebenarnya baru beberapa hari je menggunakan si ARRISA ini.Tapi kesannya sangat memuaskan. Yalah dah tahan lama dan yang pasti wangian bebas daripada bahan-bahan yang membahayakan.
Yang kelakar dan lucunya, si ARRISA ini saya sudah menjadi rebutan anak-anak. Masing-masing sibuk nak senantiasa wangi dan juga segar.
Ini, saya nak kongsikan sedikit cara-cara pakai minyak wangi supaya tahan lebih lama.
Inilah antara tips yang saya sering buat setiap kali mengenakan wangian yang baru.
Sebenarnya si ARRISA ini tidaklah mahal mana. Harganya pulak sangat berpatutan. Jika ada yang berkenaan, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik atau email sariah.awangsenik@gmail.com.
Lupa pulak nak beritahu, ARRISA MIKHEAL ini ada empat wangian yang sangat menarik. Antaranya ialah yang berwarna pink tu, namanya Freesia, yang purple ialah Impression, yang gold pulak namanya Lagend dan yang berwarna Silver ialah Desire.
Kalau nak tahu lebih lagi, jangan segan-segan call saya ya.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
BERTAHAN SELAGI MAMPU ATAU BERLALU SAHAJA
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Syukur semua urusan dan rutin harian berjalan dengan lancar. Bukan mudah jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan juga ibu. Tapi itu bukanlah alasannya. Segala apa yang telah ditakdirkan, tidak akan sesekali saya kesal malah rasa sangat bersyukur. Bersyukur atas segala rahmat dan bersyukur kerana setiap dugaan yang datang tersirat hikmah yang besar disebaliknya.
Berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, adakalanya amat menyesakkan. Kalau tidak sabar dan tidak kuat iman didada, kita mungkin cepat terasa hati. Walau hati itu dah kebal macam konkrit pun bukan lagi jaminannya. Ada masanya hati itu tersentuh juga. Mana tidaknya, setiap hari dan saat perkara yang sama berlaku.
Betullah orang kata, bukan mudah nak berhadapan dengan hamba-hamba Allah yang sedemikian. Sama ada bertahan dan bersabar dan tidak putus berdoa atau berlalu sahaja dari keadaan yang sedemikian. Itu adalah jalan terbaik demi menjaga kebaikan bersama.
Yang Benar
Sariah Awang Senik
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...