Sunday 6 November 2016

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Pagi yang dingin dan sangat tenang. Tapi hakikatnya hanya Allah yang lebih mengetahui. Alhamdulillah. Hari ini bermulalah peperiksaan SPM buat semua anak-anak di seluruh negara Malaysia.

Sebagai seorang ibu, bohonglah kalau saya tidak risau. Tapi tidaklah terlalu ketara sehinggakan anak bujang tersayang tidak selesa. Ada masanya kita perlu yakin akan kebolehan anak- anak. Dan yang paling utama jangan berikan terlalu banyak tekanan dan harapan yang terlalu tinggi.

Membesar dan mendidik anak-anak sendirian bukanlah perkara yang mudah. Dan jadi sebagai seorang ibu dan ayah juga bukanlah perkara yang mudah.

Semuanya telah ditentukan dan tugas saya hanyalah lalui dan hadapi semua dugaan. Mengalah tidak sama sekali.

Menjadi anak-anak mangsa perceraian bukanlah perkara yang mudah. Dahulu anak bujang yang seorang ini sukar terima kenyataan. Tetapi semakin hari dia belajar menerima kenyataannya secara beransur-ansur.

Seorang yang kreatif, aktif dan sangat suka membantu orang lain. Bertanggungjawab dan suka berdikari untuk dapatkan sesuatu.

Kini dia semakin dewasa melayari segala kehidupannya. Apa sahaja diselesaikan dengan caranya yang tersendiri.
Buat anak tersayang Muhamad Aiman Hakimi, semoga dengan mengambil berkat nama Muhamad , nama Nabi Muhamad SAW, kau akan juga berjuang menghadapi segala rintangannya.

Perjuangan ini baru bermula. Dan perjalanan masih jauh. Usah gentar untuk melaluinya. Jangan putus berdoa kepada Allah yang maha esa.
InshaAllah.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...