Wednesday 25 July 2018

SATU UJIAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kenapa ya kalau offday ini, cepat sangat masa berlalu?
Rasa masa itu lagi mahal dari emas.
Kalau jual masa ini, rasanya dah ramai yang kaya.
Betul tidak??

Itulah keadaan masa sekarang ini.
Pejam celik dah malam.
Dah nak solat Isyak dan berapa jam lagi solat Subuh pulak.

Sekarang masa bukan tunggu kita.
Tapi diri kitalah yang berperang hebat dengan masa yang ada.

Dalam setiap masa yang ada pasti ada saja ujian yang datang sebagai salah satu teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.
Masa tengah menaip status ini pun, saya juga sedang hadapi satu ujian juga.

Agaknya mungkin sebab dah terlalu lama sihat, maka sekarang giliran Allah pulak kurniakan saya sedikit ujian kesakitan.
Mungkin sebab cuaca yang agak panas dan juga kurang minum air.
Asyik nak minum air yang ada ais je, sebab itulah jadi macam ini.

Apa pun jika ujian yang datang ini sebagai salah satu teguran dari Allah, saya dengan lapang hati redha hadapi semuanya.
Satu ujian boleh ajar manusia untuk jadi lebih sabar dan percaya hanya Allah yang dapat selesaikan segalanya.

Kalau nak diikutkan ujian yang saya hadapi ini taklah hebat mana. Jika nak dibandingkan dengan segala ujian-ujian yang lepas.
Dengan ujian itulah, mengajar saya untuk jadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesama makhluk Allah.

Paling penting saat ujian dilanda, usahalah untuk memohon seribu kemaacan dari Allah yang maha esa.
Bukanlah saya nak kata yang kerap kali ditimpa ujian itu, banyak dosa atau apa, tapi sebagai tanda Allah sangat sayang terhadap hamba-hambanya. Dan jangan sesekali kita lupa bahawa disebalik ujian yang datang itu, terselit juga hikmah atau rahmat yang langsung kita tak tahu.

Maka tiap kali ujian yang datang itu, bersyukurlah Allah dah semakin dekat dihati kita ini.
Jadi buat sesiapa saja yang sedang baca entri ini dan sedang ditimpa satu ujian yang hebat, maka janganlah berputus untuk berdoa dan minta terus kepada Allah yang kurniakan segalanya.
Alhamdulilah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...