Thursday 27 August 2020

MASA YANG SEMAKIN SUNTUK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Dari Pinterest
https://www.facebook.my/sariahawangsenik

Lama juga tidak menaip entri baru dalam blog kesayangan ini.
Asyik sibuk sampai terlupa nak update perkembangan entri yang baru.

Apa pun sejak kebelakangan ini banyak sekali dugaan bertandang. Dihambat dengan kesibukan bekerja, menguruskan anak-anak bulus juga tidak kurang juga menjaga bulus yang sedang sakit.

Entah apa hikmahnya menjaga si bulus yang sakit ini.
Dalam masa yang sama semoga Allah kurniakan juga kesihatan yang baik supaya dapat menjaga semua binatang kesayangan dengan lebih sempurna lagi.

Baru-baru ini diuji Allah dengan demam selsema dan juga batuk. Timbul sedikit kerisauan dihati. 

Maka tanpa berlengah untuk membuat temujanji dengan doktor supaya tiada penyakit yang lain ada bersembunyi dalam badan ini.

Benarlah, apabila diuji Allah dengan kesakitan ini, masa itulah banyak sangat perkara yang dilakukan.

Mungkin terlampau mengingati dunia tanpa sedar akhirat makin mendekat.
Muhasabah diri dan berasa begitu berdosa.

Teringat banyaknya benih-benih dosa yang dilakukan hampir setiap hari tanpa sedar.
Rasa insaf dan kerdilnya diri ini.

Asbab mengenangkan itu semualah berazam dan berdoa kepada Allah agar dijemput pulang ke pangkuannya dalam keadaan yang diredai oleh Allah yang maha esa.

Menghabiskan sisa-sisa usia yang masih bersisa ini hanya ingin perbaiki diri, mencapai segala impian dan menambah bekalan amalan buat di sana nanti.

Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan diri ini atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan tidak kira dahulu mahupun sekarang.
Insya-Allah. Aamiin Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq.


Sekian

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...