Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.my/sariahawangsenik
Bukan kaleng-kaleng juga nak lawan suara-suara biawak ini. Kalau diikutkan kata hati dengan badan yang letih dan mata yang teramat mengantuk, tidak mungkin sampai ke tempat berbengkel itu.
Alhamdulillah. Syukur Allah mudahkan semua perjalanan untuk menyertai Bengkel Penulisan Kisah Hidup oleh IKRAM Hulu Selangor.
Jika tak kerana minat menulis dan sedar ilmu penulisan tidak sebanyak mana, maka gagah dan paksa diri untuk menuntut ilmu dalam bidang penulisan ini.
Bengkel anjuran wanita IKRAM Hulu Selangor ini sangat bermanfaat. Dengan yuran pendaftaran hanya RM 35, tanpa berlengah terus membayarnya.
Penulis yang bakal berkongsi tentang ilmu penulisan, cara memasarkan buku sendiri dan sebagainya adalah penulis tersohor sejak dahulu ialah Puan Sri Diah Saharuddin.
Beliau banyak menulis novel dan juga puisi-puisi pendek yang menyentuh hati.
Perkongsian dari Puan Sri Diah pada petang Ahad 6 September padat dengan tips-tips yang berguna.
Yang paling menyentuh hati, adalah tulislah seberapa segera sementara masih sihat dan ingat segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita.
Puan Sri Diah atau lebih mesra dengan panggilan mak ini juga mengajar bagaimana untuk menulis kisah hidup sendiri dengan formula yang Puan Sri Diah kongsikan.
Kemuncak bengkel ini ialah acara bertukar-tukar buku sesama peserta kursus. Rasa teruja kerana dapat menghadiahkan kepada peserta bengkel dengan buku antologi sendiri.
Yang pasti buku antologi tentang kisah penyusuan ibu yang baru diterbitkan itu menjadi satu kenangan manis buat diri saya.
Yalah, dapat hadiahkan buku antologi sendiri, rasa bangga dengan pencapaian yang tidak seberapa ini.
Apa pun yang berlaku pada bengkel penulisan hidup ini amat bermakna kepada diri ini agar berusaha lebih gigih lagi dalam memajukan diri dalam bidang penulisan.
Sekian
No comments:
Post a Comment