Wednesday, 15 January 2014

GULAI TEMPOYAK AYAM DENGAN TIMUN TAHUN

Memandangkan hari ini tidak berapa sihat saya bercadang untuk memasak sesuatu yang cepat dan ringkas. Rasa tekak yang tidak berape selesa menyebabkan selera saya terhad. Kata orang kalau badan tidak sihat ini makanan dan masakan yang sesuai adalah seperti sup ayam, ataupun sayur-sayuran.

Saya teringat apa yang ada di dapur hanyalah ada ayam separuh dan beberapa biji timun tahun yang saya beli di kedai semalam.
Hari ini saya memang malas hendak ke pasar kerana masalah batuk dan juga selsema. Jam telah hampir pukul 11.30 saya kena bersiap sedia masak sebab dalam jam 1.05 nanti anak perempuan saya akan balik dari sekolah.

Saya bercadang memasak resipi kegemaran arwah emak yang juga resipi tradisional dari kampung kelahiran saya Kuala Lipis Pahang.
Masakan tersebut adalah Masak Tempoyak Ayam Dan Timun Tahun

Bahan-bahannya adalah :
- Ayam separuh ataupun seekor mengikut berapa bilangan orang.
- 1 ataupun 2 biji timun tahun mengikut saiz ( kalau tiada timun tahun boleh juga digunakan timun biasa)
- Beberapa helai daun kesum
- 3 ataupun 4 tangkai bunga kantan
- Cili padi ataupun cili biasa ikut suka nak pedas ataupun sederhana.
- Dan bahan yang paling utama adalah asam tempoyak
- Boleh juga ditambah sedikit bawang untuk menambahkan rasa yang agak manis.

Cara-cara memasaknya :
Ambil ayam potong kecil-kecil ataupun sederhana basuh dan ditoskan.
Timun tahun ataupun timun biasa basuh dan dibersihkan. Potong timun memanjang dan kemudian kecil-kecil. Ketepikan timun tersebut.
Daun kesum dan juga bunga kantan dibasuh dan ditoskan. Bunga kantan dibelah dua di bahagian tengah-tengah dan diketepikan.
Cili padi , kunyit ( Terlupa nak senaraikan di atas) dan juga bawang ditembuk ataupun dikisar bersama-sama.

Setelah siap semua bahan-bahan tersebut di atas dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan ayam. Jangan lupa asam tempoyak kerana dialah bahan yang paling utama sekali. Letakkan sedikit air mengikut citarasa sama ada hendak kuah yang banyak ataupun tidak.
Setelah agak mendidih semuanya masukkan garam dan juga gula mengikut citarasa. Dibiarkan seketika kemudian rasalah garam dan juga gulanya.
Akhir sekali masukkan timun tahun, daun kesom dan juga bunga kantan. Setelah agak mendidih angkat dan bolehlah dihidangkan bersama-sama nasi putih.

Mudahkan tidak perlu pakai santan ataupun bahan perencah yang lain. Jikalau tidak suka ayam boleh juga digantikan dengan ikan ataupun daging.
Anak dara pun dah balik dan sekarang bolehlah saya makan tengahari bersama-sama dengannya. Okey selamat mencuba resipi saya yang tidak seberapa ini ya.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

PROMOSI SABUN MARRINE ESSENCE

Sabun Marrine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Ramuan ekslusif yang terdapat di dalam sabun ini ialah :
- Garam Buloh
- Gliserin pelembap semula jadi yang hebat.
- Ekstrak teh Pu-erh
- Tea tree oil
- Minyak Tea Tree
- Aloe Vera
- Lidah Buaya
- Ekstrak Liquorice
- Vitamin E

Semua khasiat ini terdapat di dalam sabun lutsinar atau sabun hijau.
Harga sekotak ialah Rm105. Di dalam kotak ada 3 ketul . Jika berminat boleh hubungi saya di 019-4075634.

Sekian Sariah Awang Senik

Tuesday, 14 January 2014

HATI SEORANG MANUSIA

Hati seorang yang bernama manusia terlalu amat kompleks. Ada yang putih suci dan bersih dan tidak kurang juga yang hitam malah tiada langsung titik putih di hati tersebut. Ada yang sanggup melakuka apa sahaja demi memuaskan hati-hati masing. Semuanya selalu terdorong oleh nafsu dan dendam yang tidak pernah pudar dan hilang.

Kerana nafsu dan dendam seorang manusia sanggup berbuat apa sahaja. Walau pun nyawa jadi taruhan dan juga sanggup melihat sesama manusia benci antara satu sama lain. Disebabkan hati yang penuh rasa benci, dendam dan sebagainya ada keluarga yang hidup berpecah belah. Kenyataannya kerana nafsu dan dendam hidup seluruh umat manusia menjadi tidak tentu arah.

Lihat sahaja di persekitaran kita. Terlalu ramai insan yang tidak berdosa yang terpaksa meneruskan kehidupan akibat daripada perasaan benci, dendam dan juga nafsu serakah. Terdapat ramai kanak-kanak yang menderita disebabkan permasalahan perceraian yang meninggal dunia akibat peperangan dan juga yang menjadi mangsa pembunuhan.

Sesungguhnya inilah akibatnya jika hati kita telah terlalu banyak terpengaruh oleh perasaan dendam dan penuh dengan nafsu. Dan kenyataannya agak terlalu payah untuk melupakan semuanya kerana diri kita telah di sakiti dan di khianati selama hampir bertahun tahun. Terlalu sukar bukan. Apa pun apalah kebaikannya jika jiwa kita penuh dengan rasa dendam dan juga nafsu...adakah ianya menguntungkan kehidupan kita atau adakah ianya membuatkan harta dan amalan kita bertambah...tentu sekali tidak bukan .

Jika ingin hidup bahagia belajarlah membahagiakan diri sendiri dan juga keluarga yang lain. Dan bukan dengan memusnahkan kehidupan insan yang lain. Belajar lah untuk memaafkan orang lain walaupun hati dan perasaan kita telah dilukai. Percayalah tiada guna menyimpan perasaan marah dan dendam kerana ianya umpama barah yang berada di dalam hati kita.

Kehidupan umpama sebuah lukisan yang penuh dengan warna warni yang tersendiri dan pelukisnya adalah diri kita sendiri. Andai mahu nampak cantik lukisan tersebut warnailah ia dengan warna warna yang menarik dan kalaupun tidak biarkanlah ia kosong begitu sahaja.

Kebahagiaan datang setelah kita melalui pelbagai ranjau penderitaan di dalam kehidupan kita dan kenikmatannya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya.

Oleh itu bersihkan lah diri dan hati kita daripada semua rasa dendam dan marah. Ikhlaskanlah segala permasalah yang datang dan berjuanglah menghadapi semua nya tiap hari.

Andai masih rasa marah, benci dan rasa nafsu yang tidak bertepi ...kembalilah dan dekatkan diri selalu dengan yang maha kuasa. Hanya dia tempat kita memohon pertolongan dan kasihan dan dengan sebab itulah kita senantiasa diuji dan di duga untuk mengukur setinggi mana keimanan kita kepada yang maha esa.

Ingat tiada yang maha berkuasa selain daripada Allah SWT. Amin....

Nukilan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik

Monday, 13 January 2014

BUTIK ONLINE

Assalamulaikum...Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan blog yang tidak seberapa ini. Butik ini mempamerkan koleksi pakaian terkini dan kebanyakannya dijual secara onine.

Antara pakaian yang terdapat di butik ini adalah koleksi jubah moden, blause, seluar dan tudung. Di bawah ini saya senaraikan beberapa koleksi pakaian yang terdapat di butik saya :

Ini adalah koleksi Maxi Skirt yang terdapat di dalam pelbagai warna-warna yang menarik. Harga sangatlah berpatutan

Jika berkenaan boleh sahaja hubungi saya Sariah di no 019 4075634

KEGIATAN HARIAN

Hari ini terlalu banyak cabaran yang harus aku tempuhi. Dengan keadaan badan yang kurang sihat dan deman aku tidak mahu ini semua dijadikan alasan aku untuk teruskan menulis. Anak dara aku hari ini tidak bersekolah kerana hari ini adalah Hari Maulidur Rasul iaitu keputeraan Nabi Muhamad SAW. Sebenarnya aku bersyukur sangat kerana sejak hampir 2 tahun kebelakangan ini segala masalah dan dugaan aku dan anak-anak berjaya tempuhi. Aku tahu ada hikmah yang tersembunyi dan segala nikmatnya telah hampir aku rasai.

Walau keadaan kesihatan yang tidak berapa sihat aku cuba dan senantiasa mencari idea untuk mencoretkan apa sahaja di ruangan yang aku sayangi ini.

Sambil meneruskan aktiviti bersama-sama dengan anak tersayang aku mulai menulis sesuatu. Ada banyak perkara yang aku ingin kongsikan bersama tetapi biarlah secara perlahan- lahan

Mungkin selepas ini ada banyak pengalaman yang aku ingin kongsikan bersama-sama. Moga tuhan akan senantiasa bersama-sama dengan aku untuk meneruskan segala-galanya yang aku impikan selama ini. Insha Allah suatu hari nanti aku dan anak-anak akan berjaga juga

Saturday, 11 January 2014

KELAS ASAS PENULISAN BLOG

Assalamulaikum....Semoga semuanya sihat di samping keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya bersyukur sangat dipertemukan dengan akademi ini. Untuk pengetahunan semua saya telah lama menjadi pemerhati akademi ini sejak hampir 2 tahun yang lalu. Kebetulan saya memang berminat menulis dan tidak pernah terlepas peluang untuk menulis apa sahaja tentang kehidupan, pengalaman manis pahit dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling saya. Minat menulis ini telah lama berada di dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi...tetapi saya tidak berpeluang untuk menerbitkannya di mana lantaran kurang pendedahan tentang media masa pada masa itu. Tetapi sekarang dengan adanya kemudahan internet dan perkembangan it di mana-mana saya boleh menulis apa sahaja.

Memang latar belakang pendidikan saya tidak lah terlalu tinggi tetapi itu bukanlah masalah terbesar untuk saya mengembangkan bakat saya di dalam bidang penulisan. Sejak kebelakangan ini minat tersebut semakin ketara...tambah saya sekarang mempunyai mentor dan juga rakan-rakan yang juga mengikuti kursus yang sama di akademi ini. Percaya lah tidak rugi mempelajarinya. Saya sendiri baru beberapa bulan menyertai akademi ini. Untuk memasuki akademi ini juga sebenarnya banyak cabarannya. Memang pembayarannya tidaklah terlalu mahal tetapi cuma rm300 sekarang tetapi saya terpaksa menabung sampai cukup barulah saya menyertainya. Sebelum saya mengenali mentor saya Anys Idayu Zakaria , saya sering melihatnya berbual di laman sosial saya iaitu di Facebook. Dalam hati saya pasti ada sesuatu yang istimewa tentang hamba Allah ini. Walau dia jauh lebih muda daripada saya tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai masalah untuk belajar daripada yang muda daripada saya.

Untuk menerbitkan sesuatu tajuk atau apa sahaja...saya terpaksa melalui pelbagai cabaran. Tambah notebook saya yang program nya telah terlalu lama. Semua halangan saya anggap sebagai satu cabaran di dalam mengejar apa yang diimpikan. Sekarang saya berpeluang berkongsi apa sahaja tentang segala-galanya yang berlaku di sebuah kehidupan yang terindah ini.

Apa sahaja yang saya terbitkan bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk ataupun meraih simpati orang ramai di luar semuanya hanya sebagai satu pengalaman terindah di dalam kehidupan saya. Mungkin banyak lagi kekurangan saya dan sebenarnya saya masih lagi di dalam process pembelajaran. Dahulu saya tidak nampak peluang yang ada. Sekarang peluang itu ada dan saya tidak mahu melepaskan lagi peluang yang ada.

Menulis umpama saya makan nasi. Kalau sehari tidak makan nasi saya tidak akan merasa puas. Kekadang kalau belum habis menulis saya akan simpan terlebih dahulu dan akan menerbitkannya kemudian. Dahulu saya tidak percaya yang menulis boleh mendatangkan pendapatan sampingan dan sekarang saya semakin yakin dengan apa yang saya buat. Tetapi menulis bukanlah wang semata-mata sebab ianya lebih kepada minat. Hubungan dengan anak-anak juga semakin rapat dengan minat saya ini. 
Sebab di samping menulis saya boleh bersama-sama anak-anak mengarang cerita dan anak-anak boleh belajar mengarang karangan mereka di sekolah. Sebenarnya perjalanan saya di dalam akademi ini masih jauh dan berliku namun saya yakin ada ganjaran yang menanti saya di kemuncaknya nanti. Saya berdoa semoga segala impian saya di dalam bidang penulisan ini akan tercapai. Siapa tahu insan yang serba kekurangan ini juga mampu berdiri sebaris dengan penulis-penulis yang ada sekarang.

Apa pun latarbelakang saya semuanya adalah suatu cabaran terhebat saya.

Sekian....Ikhlas Dari Sariah Awang Senik 
Ucapan terima kasih yang terhingga kepada mentor saya iaitu Anys Idayu Zakaria...moga tidak jemu mendidik saya.

PROMOSI BARANGAN TERKINI

PROMOSI BARANGAN YANG TERSANGAT MENARIK..!!!!!!

Set Bedak Arab, Bedak Tanaka dan juga ibu putih

3 Barangan terbaik dengan harga yang tersangat istimewa.
Harga 70 semua sudah termasuk postage.Jika ada yang berkenaan boleh pm saya di no 019 4075634












 Selain daripada produk di atas terdapat juga produk yang lain seperti ;
Relian Mascara
Miss Rose Eyeshadow
2 produk ini harganya Rm 90

Jika berminat boleh segera hubungi saya sementara stok masih ada.
                                   





Sekian .....Sariah Awang Senik

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...