Tuesday, 21 January 2014

HATI DAN PERASAAN

Hati dan perasaan seseorang agak sukar di baca dan juga di ramal. Kekadang kita merasakan dari segi luaran seseorang hamba Allah itu nampak sempurna dan tiada cacat celanya langsung. Namun siapa sangka di sebalik perwatakan yang baik tersembunyi suatu gumpalan hati yang penuh dengan sifat kepuraan dan suka berbuat sesuatu yang di luar jangkaan manusia. Sebagai seorang hamba Allah yang tidak sempurna sesungguhnya hati dan perasaan inilah yang harus kita jaga dan rawat. Jangan biarkan hati dan perasaan menyimpan apa sahaja perasaan yang boleh memusnahkan kehidupan orang lain. Jangan cuba memaksa orang lain untuk fahami hati dan perasaan kita....sebaliknya cubalah fahami hati dan perasaan sendiri terlebih dahulu.

Tanya pada diri sendiri apa yang sebenarnya kita mahukan. Cubalah lihat di sekeliling kita apa yang kita miliki selama ini. Bayangkan segala kepahitan dan kesusahan yang kita hadapi bersama-sama dengan pasangan hidup kita. Segala susah dan senang dan juga segala dugaan yang mendatang. Adakah berbaloi kita melepaskan semua hanya kerana kita telah tertarik kepada sesuatu yang belum pasti. Kekadang apa kita inginkan belum tentu yang terbaik buat kita....tetapi apa yang berlaku sekarang adalah yang terbaik untuk kita. 
Sememangnya hati seorang yang bernama manusia agak sukar untuk di nilai. Ada yang nampak sombong dan bengis...tetapi sebenarnya mempunyai hati yang luhur...dan juga ada yang nampak terlalu baik dan sempurna tetapi hatinya penuh dengan dendam, irihati dan juga bercita-cita untuk menghancurkan kehidupan orang lain. Sesungguhnya hamba Allah yang sedemikian amatlah kita takuti...sebab kita tidak dapat meramal segala tindak tanduk mereka. Sebenarnya ingatan kepada diri sendiri...agar senantiasa cuba membersihkan hati dan perasaan daripada segala sifat-sifat negatif. Walau terasa diri telah berbuat sesuatu kesalahan kepada hamba Allah yang lain..cubalah untuk memohon seribu kemaafan daripada maha penciptanya. Setiap daripada kita berhak menentukan kebahagiaan mereka sendiri. Jikalau kita melihat insan lain hidup bahagia bersama-sama dengan pasangan masing-masing...janganlah cepat merasa irihati. Cubalah senantiasa mendoakan kebahagiaan orang lain nescaya kebahagiaan itu sendiri akan menjenguk kehidupan kita suatu masa nanti. 

Bersihkan hati dan perasaan kita daripada semua syak wasangka. Selagi hati dan perasaan penuh dengan dendam dan rasa tidak puas hati selagi itulah kita tidak akan merasa bahagia. Erti kebahagiaan bukanlah terletak pada harta dan juga wang ringgit tetapi pada hati dan perasaan kita sendiri. Jangan terlalu cepat berbuat fitnah terhadap seseorang. 

Sebenarnya selagi bernama manusia kita tidak akan pernah merasa puas. Kita sebenarnya sudah miliki segala-galanya....seorang isteri yang baik walau tidak secantik mana...dan begitu juga seorang suami yang teramat sederhana.....walau tidak sekacak Nabi Yusuf SAW....Allah SWT telah tetapkan apa yang terbaik untuk kita....dan kita haruslah belajar menghargainya.....mana tahu suatu masa nanti kita akan kehilangan segala-galanya.

Apa pun hati dan perasaan kita haruslah di jaga terlebih dahulu sebelum kita memaksa orang lain memahami hati dan perasaan kita. Niat dan tujuan kehidupan kita haruslah selari dengan apa yang kita inginkan di dalam kehidupan kita. Andai merasa kecewa ....kembalilah kepada yang maha agung dan siapa yang menciptakan semuanya. Aidillah kepada diri dan keluarga kita...kasihanlah pada diri kita sendiri....hargailah segala kenikmatan yang kita kecapi sekarang.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

KEBAHAGIAAN DI DALAM KEHIDUPAN

Sebenarnya hampir beberapa kali saya cuba untuk menulis sesuatu tapi tidak kesampaian kerana seringkali diganggu oleh tugasan tetap saya. Walaupun sekarang saya sedang bekerja dan ada sedikit masa terluang saya tidak mahu mensia-siakannya. Apa pun saya perlu menggunakan masa yang ada untuk selesaikan segala tugasan yang di beri.

Bagi saya erti sebuah kebahagiaan amat bermakna dan tiada nilainya di dalam kehidupan seseorang insan. Apa sahaja penderitaan yang mendatang saya tidak pernah menyesal di atas apa yang terjadi. Setiap mendung hitam yang hadir pasti akan jua hilang dan akan terbitlah sinar sang suria di dalam kehidupan ini. Kebahagiaan bukan bergantung pada berapa banyaknya harta seseorang ataupun pangkatnya namun semuanya terletak pada bertapa ikhlasnya kita menerima sesuatu dugaan dan cabaran di dalam kehidupan yang bersifat sementara ini.

Segala apa yang terjadi telah banyak memberikan banyak pengajaran di dalam kehidupan.saya seharian. Akan tetapi saya tidak pernah gentar untuk menghadapi segala kepayahan sebab yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Berdoa moga segala yang berlaku dapat dihadapi dengan penuh keikhlasan dan juga keimanan.

Setelah berjaya melalui hampir setiap episode kedukaan..semakin terasa kenikmatannya hasil dari sebuah keikhlasan di setiap apa yang berlaku.

Sekarang saya hanya ingin kehidupan dengan cara saya tersendiri. Hanya anak-anak dan keluarga adalah nadi dan sinar kehidupan ini.

Monday, 20 January 2014

DUGAAN

Assalamulaikum, sebenarnya telah hampir beberapa hari saya tidak menulis di ruangan kesayangan yang paling saya sayangi ini. Dek kerana masalah internet dan perkhidmatan yang kurang memuaskan apa sahaja masalah saya harus cekal dan tabah menghadapinya. Saya pasti untuk mencapai sesuatu kejayaan seseorang harus melalui pelbagai rintangan dan juga dugaan.

Bagi diri saya semakin besar sesuatu dugaan maka semakin tinggilah kejayaan seseorang yang bernama insan. Apapun bentuk dugaan langsung tidak melemahkan semengat saya untuk menulis dan juga menerbitkan catatan saya yang tidak seberapa ini.

Disamping itu juga saya terpaksa dengan pelbagai karenah para pelanggan di tempat saya bekerja. Memang di mata masyarakat perkerjaan saya bukanlah sesuatu yang popular namun punyai cabarannya yang tersendiri yang lebih membuatkan saya berhati-hati menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja.

Setakat ini belum pernah merungut ataupun mengeluh dengan semua dugaan ini. Sebenarnya untuk saya menulis dan menerbitkan catatan ini adalah suatu dugaan bagi diri saya.

Bayangkan saya terpaksa menulis dan menerbitkan catatan di hphone saya yang paling canggih dan moden ini .

Sebagai seorang ibu saya tetap berusaha untuk mengatasi semua masalah dengan baik.

Doa saya moga apa yang saya catatan ini dapat memberi lebih maklumat kepada pihak-pihak yang membacanya insha Allah.

Saturday, 18 January 2014

TUGASAN HARIAN

Assalamulaikum,
Sebenarnya hari ini terlalu banyak masalah yang perlu di selesaikan. Bermula dengan line internet yang menimbulkan banyak masalah malah di tempat kerja pun menghadapi sediki masalah. Namun aku tetap bersyukur kerana apabila hampir petang semua masalah hampir aku selesaikan dengan sendiri.
Memandangkan sekarang line internet menghadapi masalah , aku cuba keluar bagi mengatasi masalah aku.

Tetapi walau apa pun rintangan nya, itu semua tidak menghalang minat aku untuk menulis. Walau belum nampak apa-apa perubahan aku tetap jua ingin meneruskan minat aku.

Moga semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah aku rancang sejak menyertai akademi ini.

Friday, 17 January 2014

ANAK-ANAK CAHAYA KEHIDUPAN

Anak-anak adalah amanah Allah yang teramat berharga dan tidak boleh di gantikan dengan wang ringgit atau apa sahaja di dunia ini. Bagi diri saya , saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang terlalu amat saya sayangi. Mereka kekuatan saya dan saya sanggup melakukan apa sahaja demi  kebahagiaan mereka. Walau apa sahaja dugaan dan rintangan yang mendatang saya tetap akan tabah mengharunginya.

Kekuatan saya adalah anak-anak. Mereka ialah Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah. Sebenarnya saya mempunyai seorang lagi cahaya mata tetapi telah lama meninggal dunia semasa berumur 3 tahun lebih. Dan jikalau dia masih hidup sekarang dia telahpun berumur 18 tahun , namanya ialah Siti Nur Balqis. Dia menderita kesakitan semasa sejak lahir lagi.

Untuk pengetahunan semua saya sanggup ketepikan semua hanya semata-mata anak-anak saya. Terlalu banyak episode kedukaan di dalam kehidupan saya. Dan alhamdulilah berkat doa yang tidak putus-putus saya berjaya juga menghadapinya. Percayalah kenikmatan dan kebahagiaan selepas melalui semua rintangan ini  terlalu bermakna bagi saya.

Kedua-dua orang cahaya mata saya amat memahami apa yang berlaku di dalam kehidupan saya. Semua yang terjadi langsung tidak melemahkan mereka berdua untuk meneruskan kehidupan seharian. Kepada mereka saya sering berpesan supaya belajarlah rajin-rajin dan bersabar di dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

Kepada Allah SWT  saya sering berdoa moga senantiasa di beri kekuatan dan keimanan yang kuat. Kekadang hanya kepada yang maha esa tempat saya bergantung. Kegembriaan dan kebahagiaan adalah kekuatan saya yang maha hebat. Apabila mereka berdua bahagia maka gembria dan begitulah juga sebaliknya.

MASA

Sesungguhnya masa itu emas, dan masa juga terlalu amat berharga. Apa pun yang berlaku kita haruslah pandai membahagikan masa yang ada dengan aktiviti yang sesuai. Tetapi bagi saya, masa terlalu amat berharga. Walau bekerja pada waktu petang tapi di sebelah pagi terlalu banyak kerja sampingan yang perlu saya bereskan. Dengan aktiviti menjahit, saya juga sibuk mempromosikan barangan di dalam internet di samping hobi yang paling saya gemari iaitu menulis. Hobi ini telah sebati dan menjadi kebiasaan pada diri saya. Setiap kali menulis saya cuba pastikan apa yang menjadi perhatian saya tentang sesuatu isu dan juga keadaan. Namun saya bertuah hampir setiap hari ada sahaja yang ingin saya coretkan dan saya ingin berkongsi semua pengalaman saya kepada sesiapa yang ingin membacanya.

Semoga apa yang saya paparkan ini tidak menjadi suatu kesalahan kepada semua. Masa terlalu amat berharga bagi saya.

Wednesday, 15 January 2014

BUTIK ASNITA

Singgah sebentar untuk melihat pelbagai koleksi menarik di butik Asnita. Tiga koleksi tersebut adalah ;
- Two piece Joint Collar Loose Blouse, warna Yellow /Pink / Mint, size S dan L , Harga Rm 30 postage rm6
-Trendy Blouse, warna Fuschia/Peach/ Turquoise, size S dan L Material cotton Jersey Harga Rm40 postage rm6
- Rubber Sleeve Jubah with belt size M dan L colour Pink Material Chiffon Harga Rm 53 postage rm7

Jika ada yang berkenaan dan berminat boleh hubungi saya atau whatshapp saya di 019-4075634.

Sekian Sariah Awang Senik

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...