Monday, 1 July 2019
DIA DAH BALIK
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Sunyi bila dia dah balik.
Abahnya setia saja tunggu depan rumah.
Alhamdulilah.
Biarlah selamanya kekal begitu.
Walau hampir bertahun lamanya kami tak pernah bercakap, berbincang dan sebagainya, namun tetap saja aku berfikir yang baik-baik.
Melihat dia menjemput dan menghantar anak balik ke asrama, itu pun sudah sangat melegakan diri aku.
Waktu anak-anak masih kecil dan bersekolah rendah, memang masa itu aku berdikari sendiri.
Hantar anak dengan hanya berjalan kaki.
Mujur tak jauh mana.
Pernah jugalah terasa perit saat dilanda keletihan.
Syukur Ya Allah kau pilih aku untuk lalui semua ujian-ujian itu.
Dengan ujian inilah makin menjadikan aku tak gentar dengan apa jua cabaran yang mendatang.
Alhamdulilah.
Sekian
Sariah Awang Senik
UPAH SEORANG GHOSTWRITER
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dari Group Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Jika kalian lihat disekeliling, ada juga kawan-kawan yang relaks sahaja tanpa perlu membuat kerja part-time.
Adakah kalian tahu yang mereka ini diam-diam sahaja menjadi penulis upahan? Atau dalam Bahasa inggerisnya ialah Ghost Writer.
Ini antara bayaran yang biasa diterima oleh penulis upahan:
Artikel RM200-RM300/artikel.
Menukar Audio kepada teks (RM500-RM1,000)
Buku Konsep Mudah ditulis dalam masa 15 hari (RM2,000)
Buku Konsep Sederhana ditulis dalam masa 30 hari (RM5,000)
Buku Konsep Berat ditulis dalam masa 60 hari (RM10,000)
Buku Tokoh ditulis dalam 60 hari (RM18,000)
Buku Kajian dan Penyelidikan (RM20,000-RM30,000)
Buku Agensi (RM100,000-RM150,000)
Laporan Syarikat (RM14,000)
Biografi (RM20,000-RM30,000)
Penyediaan Modul Pembelajaran (RM1,000)
SOP Syarikat (RM20,000)
Menulis Skrip Drama (RM5,000-RM20,000).
Aha, ok tak?
Bayangkan kita dah balik ke rumah, kita hanya perlu siapkan artikel yang kita boleh search dan rujuk melalui buku dan beberapa tempat lain. Kemudiannya, kita submit. Dan kita akan dapat cash terus.
Perkara ini kita boleh lakukan sebagai part-time, malah jika kita perform dengan baik, kita boleh lakukannya secara full-time.
Betapa seronoknya kita akan menerima pulangan atas buku yang kita sudah sediakan.
Suka tak jadi Penulis Upahan?
Jika suka, boleh belajar bagaimana nak menjadi penulis upahan atau Ghostwriter secara online.
Secara online?
Ya secara online je. Kat rumah santai-santai belajar.
Best ke best?
Nak info lanjut boleh klik link di link yang disediakan ya.
http://upahmenulis.onpay.com/order/form/kelasghostwriteronlinr/Sariah1974
Sekian
Sariah Awang Senik
Friday, 28 June 2019
MENULIS BERPANDUKAN AL QURAN
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Hari ini anak dara pulang bercuti dari asrama.
Tak pasti pulak, sampai dirumah pukul berapa.
Yang pastinya, mungkin selepas solat Jumaat sebab abahnya nak menunaikan solat Jumaat dulu.
Sejak abangnya balik semula belajar, memang agak sunyi. Tapi pada peringkat permulaanlah.
Lama-kelamaan dapatlah ikut irama sunyi sepi itu.
Biarpun tinggal bersendirian, tak pernah rasa menyesal.
Sebab itulah rahmatnya.
Ada lebih banyak masa bersendirian dan berbual bicara dengan Allah.
Masa yang terluang adalah ruang terbaik untuk diisi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Antaranya menulis, membaca dan melayan karenah si bulus.
Kini berusaha untuk menulis berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.
Walau mengaji Quran pun belum lagi khatam tapi itu bukanlah alasannya.
Segigih yang mungkin untuk memahami ayat-ayat cinta suci yang terkandung dalam setiap ayat-ayat Al-Quran tersebut.
Semoga Allah kurniakan butir-butir bernas untuk menulis hasil dari pemahaman sendiri melalui ayat-ayat suci Al-Quran.
Insyaallah.
Sekian
Sariah Awang Senik
Saturday, 15 June 2019
MISI MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah permudahkan segalanya dalam memahami segal ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah ini. Antara ayat-ayat yang paling terkesan adalah ayat Al-Baqarah 2 ayat 161-163.
Al-Baqarah 2:161
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌ أُو۟لَٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ ٱللَّهِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.
get Quran App:bit.ly/AlQuranApp
#GreentechApps
Nota: Bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam sejak lahir sehinggalah sekarang. Kalau tidak selamanya berada dalam laknat Allah.
Al-Baqarah 2:162
خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ
Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.
get Quran App:bit.ly/AlQuranApp
#GreentechApps
Nota : Yang dilahirkan kafir dan mati dalam keadaan masih kafir, azab sengsara mereka tidak diringankan oleh Allah dan para malaikat.
Al-Baqarah 2:163
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
get Quran App:bit.ly/AlQuranApp
#GreentechApps
Nota : Dan jelas lagi nyata bahawa kita hanya disarankan untuk beriman terus kepada Allah kerana hanya Allahlah yang maha berkuasa atas segalanya.
Ini adalah pertama kali saya cuba memahami segala ayat-ayat mengikut tafsiran saya sendiri. Jika ada kekurangan dimana-mana, mohon beri tunjuk ajar dan maafkan segala kekhilafan saya ini.
Sekian
Sariah Awang Senik
CERITA ADILFITRI 2019
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar.
Patutnya akhir Ramadan yang lepas, saya update entri ini. Tapi itulah banyak sangat perkara yang nak diselesaikan. Bercuti raya pun bukannya lama mana. Hanya tiga hari jer.
Sebab nak memberi laluan kepada sahabat yang lain untuk berhariraya pula.
Hari raya Adilfitri 2019 kali ini, semuanya disambut secara sederhana.
Perkara pertama buat adalah beli baju raya anak-anak dahulu. Antara adik dan abang, adiklah yang kena siapkan bajunya dahulu. Kalau abang ini tak banyak sangat ragamnya.
Namun itulah, si abang dah senyap-senyap beli baju rayanya sendiri.
Abang hanya beli baju melayu sahaja. Asbab T-Shirt dan seluar dah terbiasa beli semasa semester yang lepas. Kata abang tak mahu menyusahkan ibu dan kebetulan si abang pun ada buat kerja part time. Sebenarnya rasa terkilan jugak dalam hati ini. Namun si abang tetap bertegas untuk tidak terlalu risau fikirkan semua hal yang remeh-temeh itu.
Mujurlah segalanya berjalan dengan lancar. Dari perjalanan balik raya sehinggalah ke pagi raya. Syukur jugalah tahun ini saya dan adik-beradik yang lain dapat berkumpul dan meraikan hari raya Aidilfitri dalam keadaan yang serba sederhana.
Setelah selesai bersolat Aidilfitri, saya dan adik-beradik yang lain bermaafan sesama sendiri termasuk juga memohon kemaafan dari mak cik dan juga abah yang tersayang. Semoga Allah senantiasa kurniakan kebahagiaan buat abah, makcik juga adik saya yang paling bongsu.
Berdoa juga kepada Allah agar masih mengizinkan saya dan adik-beradik yang lain supaya dapat berkumpul begini setiap kali menjelangnya bulan Syawal dan juga hari raya Aidilfitri.
Insyaallah.
Sekian
Sariah Awang Senik
Wednesday, 8 May 2019
BEKERJA DI BELAKANG TAKBIR
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
BERKERJA DI BELAKANG TAKBIR
Masih ramai yang tak percaya ada orang bekerja sebagai ghostwriter.
Jadi kita kongsi sikit, ini salah satu cara meningkatkan upaya dan potensi komuniti.
Ramai yang mahu bekerja dari rumah.
Ramai yang mahu kongsi kisah inspirasi dan bantu orang hebat kongsi content berkualiti.
Kalau nak tahu kisah 14 orang Ghostwriter writer boleh baca ebook 'Confessions of Ghostwriter'. Boleh Pre Order
Yang bestnya kalau beli ebook ini akan dapat ebook percuma 'Blue Print Teknik Pitching Client Versi Raya.' Orang bagi duit Raya kita dapat duit Raya. Best ke Best?
Nak Pre Order boleh klik link ini
https://upahmenulis.onpay.my/order/form/preghost/Sariah1974
MAMA KOPI & WIFI
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Mahu tahu kisah sebalik tabir ibu-ibu peniaga online?
Ceritera 19 orang ibu-ibu yang berniaga online. Ada yang berniaga sambil bekerja. Ada yang meniaga sepenuhnya.
Bersama dua orang penulis jemputan yang memegang tampuk pimpinan kepada satu organisasi yang pesat berkembang.
Untuk apa? Demi siapa? Kerana apa? Bagaimana caranya? Apa yang diniagakan?
Akan terjawab di dalam naskhah Mama, Kopi & Wi-Fi dan bakal terbit tak lama lagi.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Posts (Atom)
TENANGLAH BUAT SEKETIKA
Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Alhamdulillah. Selesai m...
-
Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...






