Thursday 9 October 2014

HARAPAN DAN DOA SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Setiap ibubapa pasti menginginkan semua anak-anaknya berjaya di dalam semua bidang yang mereka ceburi dan juga minati. Begitu juga dengan diri saya. Membesarkan dan mendidik anak-anak sendirian bukanlah suatu perkara yang mudah. Bukan bertujuan meraih simpati sebaliknya merasa bangga kerana dapat menjadi seorang ayah dan juga ibu sekaligus.

Sebenar jauh di sudut hati ini terlalu risau akan keadaan anak teruna yang seorang ini. Dia bakal menduduki peperiksaan PT3 peringkat pertama dan itulah yang paling merisaukan saya.

Hari Isnin ini adalah hari peperiksaan PT3nya yang pertama. Harapan dan juga doa tidak pernah putus dari ungkapan bibir saya setiap kali mendirikan solat. Bercadang untuk habiskan masa bersamanya dan juga memberikannya kata-kata semengat sehari sebelum dia menduduki peperiksaannya.

Bersekolah di sekolah aliran agama dan juga mahu dia menjadi seorang insan yang bukan sahaja pandai di dalam bidang akademik bahkan juga mahu dirinya cemerlang di dalam agama.

Kebetulan esok ada solat hajat di sekolahnya namun sebagai seorang ibu, saya tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana masih di dalam keadaan uzur. Walau apa pun yang terjadi saya tetap akan mendoakan segala kesejahteraannya.

Kepada Muhamad Aiman Hakimi, ibu  ucapkan semoga senantiasa tenang dan lapangkan pemikiran semasa menjawab semua soalan peperiksaan PT3 itu nanti. Buatlah yang terbaik dan fikirlah segala kesusahan dan juga kepayahan yang selama ini kita lalui bersama. Berdoa dan janganlah sesekali tinggalkan solat.

Coretan Kasih
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PUR Q ACTIVE
Makanan minda yang berasaskan jelly berwarna warni. Terdapat di dalam pelbagai warna yang menarik. Sesuai untuk kanak-kanak dan amat mudah memakannya.
Harga sangat berpatutan RM 35 belum termasuk postage.
Jika berkenaan ingin mencubanya bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

Sila singgah menjenguk blog rakan ABDR saya BiBi Normi di http://bibinormimdnoor.blogspot.com

Selain daripada itu anda juga boleh menjana pendapatan tambahan melalui hphone yang sedang gunakan.
Bagaimana caranya?
Boleh hubungi Mohd Roslan yang telah pun menjana pendapatan hanya melalui hphone. Hubungi dia di 018-2729821.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

WISHLIST :
@@@ Ingin bercuti bersama keluarga dengan pakej yang mampu milik.
@@@ Ingin menjadi seorang penulis yang mempunyai aura tersendiri
@@@ Ingin menulis tentang apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada orang lain

1 comment:

  1. semoga dipermudahkn segala-galanya. Dibukakan hati, ditenangkan mata fikir.

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...