Saturday 25 October 2014

SIBUK DAN SOLAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, membaca sebuah entri di salah satu rakan rakan blog di ABDR membuatkan saya terpanggil untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Hampir setiap hari berusaha dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak. Membesarkan anak-anak dan juga mendidik mereka secara persendirian bukanlah suatu perkara yang mudah.

Namun bukanlah itu yang menjadi.pokok persoalannya. Tetapi bagaimana kita menetapkan hati untuk bersolat walau betapa kita sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja kepada majikan. Secara jujurnya entri ini bukanlah bertujuan untuk menyindir sesiapa tetapi lebih kepada mengingatkan kepada diri sendiri yang sering leka dan juga lemah.

Bekerja di sektor perkhidmatan dan juga mempunyai majikan yang berbangsa Cina , bukanlah perkara yang mudah. Tetapi ada juga di antara mereka yang juga amat memahami akan tanggungjawab para pekerja mereka. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada menyalahkan diri sendiri yang terlalu lemah. Apabila keadaan terlalu sibuk dan juga ada pekerja yang datang lambat ataupun mengambil cuti di saat akhir , itulah yang membuatkan menjalankan tanggungjawab kepada yang satu menjadi alasan yang paling sesuai. Sebenarnya dari segi agama memang alasan ini tidak berapa sesuai. Kerana kita harus mempunyai alasan yang kukuh untuk menggantikan sembahyang ataupun waktu yang telah kita tinggalkan.

Sebenarnya jauh di sudut hati saya, saya merasa amat cemburu
melihat rakan-rakan yang lain, yang pergi mengerjakan solat tanpa risau akan kerja yang ditinggalkan. Saya tertarik dengan seorang anak muda yang begitu tekun menjalankan ibadahnya walau sesibuk mana dia bekerja. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang tukang masak, mempunyai penampilan yang biasa dan tidak terlalu bergaya seperti mana anak-anak muda yang lain. Kesungguhannya menjalankan tanggungjawabnya amat menginsafkan saya.

Saya selalu berborak dan bersembang dengan dia bertukar-tukar pandangan. Berasal dari negeri yang terkenal dengan serambi Mekah, saya yakin pendidikan agama yang di pelajarinya bukan rendah. Apa pun saya nekad menanamkan keazaman untuk mengikut jejak langkah anak muda ini. Katanya bumi Allah ini luas. Kalau kerja yang kita lakukan tidak ikhlas dan rasa terpaksa memang rezeki tidak akan berkat.

Itulah kunci keberkatan hidup anak muda ini. Walau gaji yang diterima rendah, tetapi dia mampu menyara keluarganya di kampung dan juga pulang bertemu kedua ibubapanya setiap bulan. Sedangkan penulis sendiri sudah beberapa bulan tidak menjengah keluarga di kampung.

Itulah sebahagian daripada kisah kehidupan yang nyata dan juga kelemahan manusia yang mengejar kesenangan dunia dan mengabaikan dunia yang kekal abadi di sana nanti. Selagi masih berpeluang berubah, cubalah mengerjakan solat walau sesibuk mana kita menjalankan tanggungjawab kita. Usah risau kerja yang ditinggalkan sebentar kerana Allah ada jalannya tersendiri untuk menyelesaikannya.

Jikalau ada yang telah tersinggung perasaan akan tulisan yang saya telah siarkan, mohon seribu kemaafan akan kekhilafan ini. Kenyataannya manusia tidak akan pernah sempurna. Kerana kesilapanlah yang telah mengajar  manusia tentang erti kehidupan. Akhirkata, kerjakanlah solat sebelum terlambat. Ternyata Allah tidak pernah mengabaikan kita, tetapi kita yang sering mengabaikannya.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Nota : Buat rakan-rakan blog ataupun sesiapa yang singgah membaca entri ini, saya sangat perlukan pandangan dan juga tunjuk ajar kalian tentang hal ini. Kepada yang arif tentang hukum-hukum sembahyang, tentu boleh memberikan pandangan tentang hal ini.
Adakah berdosa seseorang hamba Allah itu,jika dia terpaksa meninggalkan salah satu solatnya di antara solat 5 waktu, contohnya solat Asar dan Magrib kerana terlalu sibuk bekerja?
Adakah semua amalan-amalannya di terima Allah, contohnya puasa sunat, sedekah dan juga amalan solat sunatnya?
Sebarang pandangan boleh emailkan terus ke email saya sariah.awangsenik@gmail.com

1 comment:

  1. Bismillah.
    Sungguh tersentuh saya baca entry ini.
    Ya, hanya orang yg yakin dengan rezeki Allah saja yang sanggup menghentikan kerja sementara dan segera menunaikan solat apabila masuk waktu.

    bagi persoalan puan, bagi saya, baik tinggalkan kerja itu jika ia menyebabkan kita terlepas solat.

    Natrah
    www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...