Tuesday 9 December 2014

BILLARY ARTESIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Sendiri
http://sariah.awangsenik.blogspot.com

Hati bagai resah dan juga susah memikirkan nasib anak-anak syurga ini. Mereka saling tidak tumpah seperti arwah anak tersayang yang telah lama meninggal kerana menghidap penyakit Billary Artesia. Hampir 18 tahun arwah anak pergi meninggalkan kami sekeluarga. 

Namun segala kenangan manis dan juga semengatnya untuk meneruskan kehidupan tetap segar di hati ini.
Sejak arwah anak tersayang Siti Nur Balqis Binti Ahmad Roslan pergi dari kehidupan ini , terlalu banyak yang telah saya pelajari tentang erti kehidupan ini.
Mengimbas kembali saat-saat indah ketika menjaga arwah, arwah anak tidak pernah mengalah dengan segala kesakitan yang di hadapinya. Walaupun dengan keadaan perut yang kadangkala membesar dia tetap bersemengat melalui segala cabaran yang harus dilaluinya.

Arwah anak tersayang Siti Nur Balqis walaupun tidak mampu bercakap dan juga membesar seperti mana kanak-kanak yang lain tetapi cita-citanya sama sepertimana kanak-kanak yang lain. Teringat dahulu, arwah anak juga berkongsi hobi yang sama dengan saya iaitu suka membaca. Arwah tidak pandai membaca tetapi suka melihat buku-buku yang berwarna-warni dan juga gambar-gambar yang menarik. Arwah anak hanya mampu memanggil nama abah dan juga saya ibunya dan juga adiknya sebagai Baby. Hanya itulah panggilan yang selalu disebut apabila dia agak sihat daripada menanggung segala kesakitannya.
Kini walaupun arwah telah tiada, segala kenangan tentang dirinya tetap segar di ingatan dan juga hati saya sebagai seorang ibu. 

Baru beberapa hari yang lepas, saya terbaca tentang kisah anak-anak ini yang menghidap penyakit yang sama iaitu penyakit Billary Artesia. Rawatan untuk membuat pembedahan hati ini terlalu mahal. Kosnya pula terlalu tinggi dan tidak hairanlah ramai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap penyakit ini terpaksa menunggu giliran untuk membuat pembedahan pemindahan hati. Tidak seperti penyakit serius yang lain, seperti kanser dan sebagainya, mereka ada pertubuhan masing-masing untuk membantu keluarga ini. Contohnya pertubuhan MAKNA yang banyak memberi penerangan tentang penyakit kanser serta pelbagai rawatan untuk melawan penyakit kanser.
Penyakit Billary Artesia belum mempunyai pertubuhannya yang tersendiri. Ataupun memang telah pun ada tetapi tidak aktif ataupun saya terlepas pandang tentang ini semua. Jika sudahpun ada saya sangat mengalukan pertolongan dari semua pihak agar lebih bergerak aktif untuk membantu keluarga yang mempunyai penyakit Billary Artesia ini.
Walaupun saya tidak dapat memberi pertolongan dari segi wang ringgit, mungkin pengalaman saya semasa menjaga arwah anak yang menghidap penyakit yang sama dapat membantu memberi sokongan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang berpenyakit Billary Artesia. Semengat dan juga sokongan moral harus diberikan kepada ibubapa serta keluarga yang mempunyai anak yang sakit Billary Artesia. Selain daripada itu saya juga perlukan bantuan daripada orang yang berpengalaman untuk menubuhkan Yayasan Billary Artesia ini. Mungkin apa yang saya perkatakan sekadar impian, namun tidak mustahil suatu hari nanti bakal menjadi kenyataan dan berharap dapat membantu lebih ramai ibubapa yang mempunyai anak yang berpenyakit Billary Artesia ini.
Kepada ibubapa yang pernah mempunyai anak yang berpenyakit Billary Artesia, saya berharap mereka dapat menghubungi saya serta dapat bertukar-tukar pengalaman menjaga dan juga merawat anak yang menghidap penyakit Billary Artesia. Jika ada yang sudi bertukar pengalaman dan pandangan bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun melalui email saya sariah.awangsenik@gmail.com.
Harapan saya ialah agar dapat membantu ibubapa yang berpenyakit Billary Artesia ini segera menjalani pembedahan pemindahan hati dan anak-anak ini dapat menjalani kehidupan yang normal seperti mana kanak-kanak yang lain. Insha Allah, semoga Allah permudahkan segala-galanya.
Coretan Kasih Balqis
Sariah Awang Senik

Wishlist:
@@@ Bercita-cita untuk menubuhkan Yayasan Billary Artesia.
@@@ Ingin kaya dan berjaya tetapi segala kekayaan dikongsi bersama untuk membantu anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal serta rakyat Palestine yang menjadi mangsa perang.
@@@ Ingin memberikan semengat kepada ibu-ibu tunggal agar tidak merasa malu untuk bangkit kembali membina kehidupan yang baru.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...