Tuesday 16 December 2014

KERJA SHIFT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, warahmatuallahiwabarakatuh. Hati ini berasa sangat bersyukur kerana masih mampu untuk menulis dan juga semoga perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat dan juga pengajaran buat semua yang singgah membaca blog yang tidak seberapa ini.

Hampir kebanyakan daripada kita bekerja mengikut waktu pejabat. Namun tidak kurang juga ada yang bekerja shift dan juga mempunyai masa yang tidak teratur. Walaubagaimanapun, saya tetap berasa bersyukur kerana hanya mempunyai 2 shift sahaja dan tidak memerlukan masa kerja yang agak lama. Waktu shift ini adalah tetap dan tidak pernah bertukar. Jadi saya mempunyai banyak masa terluang pada sebelah pagi. Saya boleh menguruskan rumahtangga dan juga membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga. Memandangkan saya seorang ibu tunggal, maka saya haruslah menyediakan kewangan yang mencukupi untuk semua urusan terutama urusan persekolahan anak-anak.

Tidak lama lagi, cuti persekolahan akan tamat dan anak-anak akan memulakan seisi persekolahan yang baru. Banyak yang perlu di persiapkan sebaik yang mungkin.

Harapan saya, semoga anak-anak akan berjaya di dalam setiap bidang yang mereka ceburi. Insha Allah.

Coretan Kasih
Sariah Awang Senik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Anda berminat untuk meraih pendapatan sampingan agent dropship di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Di ABDR telah tersedia pelbagai produk dropship terutamanya daripada yang berasaskan makanan.
Sudah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut, hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...