Friday 2 January 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah syukur nikmat yang Allah berikan selama ini. Hari ini adalah hari Maulidur Rasul. Kelahiran Nabi Muhamad SAW iaitu nabi yang paling mulia dan sangat istimewa di sisi Allah yang maha esa. Secara jujurnya, rutin dan juga tanggungjawab seharian membuatkan diri  semakin leka dengan dunia yang tersendiri. Tahun 2015 sudah pun hampir beberapa hari berlalu.

Namun sebenarnya tahun baru Islam telah lama berlalu. Masih banyak perkara yang belum selesai. Perjuangan baru sahaja bermula. Ada masanya semangat.ini seakan berkobar-kobar dan ada kalanya juga semangat ini seakan pudar dek terlalu leka dengan tanggungjawab yang utama. Tugasan dan juga tanggungjawab ini adalah faktor utama kepada ekonomi keluarga. Tetapi segalanya bukan berdasarkan minat. Semakin hari jiwa ini semakin meronta-ronta untuk menulis dan juga menulis.

Terlalu banyak musibah yang telah berlaku pada penghujung tahun 2014. Musibah banjir yang melanda di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan. Terengganu dan juga Pahang. Negeri yang terkenal dengan serambi Mekah iaitu Kelantan Darul Naim adalah negeri yang paling teruk terjejas. Walaupun keadaan air banjir semakin surut, tetapi untuk mengembalikan keadaan negeri ini kepada keadaan yang sediakala mengambil masa yang agak lama. Banyak nyawa telah terkorban dan juga ada yang langsung kehilangan tempat tinggal.
Rumah mereka ada yang musnah sama sekali. Bekalan air bersih dan juga elektrik langsung tidak ada lagi. Ini menyebabkan urusan para penduduknya untuk membersihkan rumah kediaman adalah amat terhad.

Banyak bantuan telah disumbangkan dan ada juga badan-badan persendirian yang tampil sendiri membantu semua para penduduk di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Daerah kelahiran saya iaitu Kuala Lipis juga tidak terlepas dari musibah banjir. Pekannya hampir ditenggelami air banjir. Walaupun rumah ayahanda tersayang tidak dilanda banjir, namun kawasan-kawasan yang rendah semua dilanda banjir. Kini air sungai sudah semakin surut. Keadaan persekitarannya semakin baik dan juga banyak menerima bantuan daripada badan kerajaan dan juga swasta.

Hanya doa dan juga harapan, semoga semua yang terlibat di dalam musibah banjir ini akan bertambah baik. Sama ada menjadi mangsa banjir, memberi pertolongan ataupun apa sahaja, semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.  Bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir ini, saya bercadang untuk mengutip derma dan juga membantu dengan cara menjual semua produk-produk secara online dan hasilnya akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan.

Kepada yang sudi membeli sambil menderma ini bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Maulidur Rasul
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...