Friday 9 January 2015

PENTINGNYA SIKAP POSITIF

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Memang agak sukar mengekalkan sikap positif di dalam diri seseorang insan. Dengan dugaan dan juga segala permasalahan yang berlaku hampir setiap hari dan berdepan dengan pelbagai karenah manusia, sedikit sebanyak mempengaruhi sikap seseorang. Inilah yang menyebabkan mereka senantiasa bersikap negatif dan gagal mencapai sesuatu kejayaan di dalam kehidupan mereka.

Terlalu banyak dugaan yang berlaku di dalam kehidupan seseorang. Ada yang sedih dan ada juga yang meninggalkan kenangan manis di dalam kehidupan seseorang insan. Ada yang di duga dengan kehilangan cinta sejati, di kianati, kehilangan insan tersayang dan ada juga yang mengalami keruntuhan mahligai impian. Semuanya yang berlaku tanpa kita sedari dan tanpa di duga. Setiap insan yang menjalani kehidupan di bumi Allah yang bertuah ini pasti akan di uji dan juga di duga.

Tetapi bagaimana setelah melalui semua keperitan dan kesusahan, seseorang itu dapat bangkit dan membina semangat yang baru demi kehidupan yang bererti. Bukan mudah membina kembali sesuatu kehidupan setelah di kecewakan oleh insan yang tersayang. Namun jikalau berfikir bahawa semua yang terjadi adalah sebahagian daripada dugaan Allah, pasti seseorang itu akan lebih redha dan terbuka serta seikhlas hati menerima apa jua dugaan Allah terhadap hambanya.

Namun menjalani kehidupan ini ada keunikannya yang tersendiri. Ada sebahagiaannya dapat kembali membina kehidupan dengan senantiasa bersikap positif dan segala yang negatif di buang begitu sahaja. Walau betapa hebatnya dugaan dan juga cabaran yang di hadapi, sikap positif haruslah di kekalkan setiap masa untuk mencapai sesebuah kejayaan.

Dengan ini, berusahalah kekal positif dan cubalah sedaya upaya membuang fikiran yang negatif dan apa sahaja yang mempengaruhi pemikiran seseorang. Insha Allah berkat usaha dan doa kepada maha penciptanya, kejayaan dan kebahagiaan hidup tetap akan di nikmati jua di penghujung kehidupan yang serba indah ini.

Coretan Positif
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...