Tuesday 8 August 2023

PERJUANGAN YANG SETERUSNYA.


Teks : Sariah Awang Senik

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Agak lama juga tidak menulis di blog ini. Dahulu blog kesayangan inilah umpama diari menulis dan mencatat apa saja yang berlaku dalam kehidupan seorang perempuan Sariah. Namun dek terlalu asyik dengan kehidupan juga segala ujian, maka blog kesayangan ini terbiar sepi begitu sahaja. Kebanyakkan coretan hanya menulis di laman Facebook sahaja.

Sebaik anak dara mendapat keputusan SPMnya, diri terus sibuk dengan persiapan anak dara yang menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor di Banting, Selangor. Jujurnya bersyukur dengan pencapaian anak dara dengan keputusan SPM 2022 yang lalu. 

Walaupun tidak mendapat keputusan semua A, namun dia sudah melakukan yang terbaik dengann kemampuan tersendiri. Selain daripada itu, anak dara juga mendapat tawaran belajar di peringkat diploma di Politeknik Mudhzam Shah di Gambang Kuantan, Pahang.

Namun anak dara memilih menyambung pengajian selama 2 tahun di Kolej Matrikulasi Selangor kerana tempoh pembelajaran tidak lama. Apa saja keputusannya si anak dara tetap menyokong juga mendoakan yang terbaik demi masa depannya. Disamping itu, abangnya mendapat panggilan untuk ujian fizikal dari Jabatan Imigiresen Malaysia. Syukur ujian fizikalnya lulus dan hanya menunggu panggilan temudga untuk jawatan pegawai imigresen tersebut.

Apa pun tetap berdoa agar Allah kurniakan segala kemudahan dan rezeki melimpah-ruah buah kedua anak tersayang. Hanya mereka kekuatan dan semangat untuk menjalani segala kehidupan dengan lebih bermakna lagi,


Sekian





No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...