Wednesday 19 November 2014

HARI-HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terasa terlalu cepat masa berlalu. Jangkamasa setahun, sebenarnya bukanlah lama sangat. Pejam cilik dah pun setahun. Macam itulah yang saya rasa apabila melihat anak-anak membesar di depan mata. Macam baru semalam je melahirkan anak-anak seperti kedua cahaya mata yang paling istimewa ini.

Mereka berdua anak-anak yang paling istimewa yang telah Allah kurniakan dan terlalu besar maknanya di dalam kehidupan saya. Alhamdulilah sejak dari kecil kedua beradik ini , Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah tidak mempunyai banyak masalah untuk ke sekolah. Keduanya sangat berminat untuk pergi ke sekolah. Masih saya ingat ketika hari pertama abangnya ke sekolah taski iaitu sebuah sekolah tadika yang menitik beratkan asuhan islam. Abangnya semasa kecil adalah seorang kanak-kanak yang lasak dan suka berkawan dengan anak-anak yang lain.

Proces pembelajaran si abang sangat memberangsangkan. Abangnya boleh membaca dan mengenal huruf seawal usia 5 tahun. Doa-doa ringkas dan juga surah Al-Fatihah senang dan mudah untuk dia ingat dan menghafalnya. Abangnya agak kreatif apabila membuat dan menulis huruf-huruf rumi. Maka tidak hairanlah sehingga ke usia 15 tahun , dia telah mewakili sekolah dan juga daerah di dalam seni penulisan khat.

Begitu juga dengan si adik, Nur Damia Rifqah. Memasuki tadika Pasti seawal usia 4 tahun, membuatkan dia lebih cepat belajar daripada abangnya. Si adik tidak pernah merasa takut dan juga menangis semasa hendak ke sekolah. Abang dan juga adik mempunyai perangai yang sama semasa mereka bersekolah tadika. Iaitu mereka berdua tidak suka saya menunggu mereka berdua semasa di awal sekolah tadika. Mereka berdua pasti akan menyuruh saya balik ke rumah dan berpesan agar saya tidak bimbang akan keadan mereka semasa bersekolah.

Kini kedua cahaya mata saya semakin membesar dan pandai menghadapi segala dugaan dengan hati yang kuat dan cekal. Adiknya sekarang telah memprolehi keputusan yang sangat membanggakan pada peperiksaan persekolahan yang lepas. Begitu juga dengan abangnya, baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PT3 yang lepas. Sebagai seorang ibu, saya berdoa moga dia akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3 nanti.

Semoga mereka berdua menjadi anak-anak yang taat dan juga solehah. Dan jika saya ditakdirkan nanti tiada di dunia ini, maka mereka berdualah yang akan mendoakan saya di sana nanti. Amin.

Coretan Kasih Ibu
Sariah Awang Senik

Nota : Sekitar gambar kenangan Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Sek Keb Hulu Bernam 2014. Anakanda Nur Damia Rifqah meraih kejayaan dengan mendapat tempat ke-3 di dalam kelas.
Juga gambar kenangan si abang Muhamad Aiman Hakimi semasa rombongan ke Kelantan.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...