Monday 3 November 2014

PENGALAMAN BERNIAGA TANPA MODAL DAN PERNIAGAAN DROPSHIP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah masih lagi berpeluang untuk meneruskan coretan untuk entri yang berkaitan dengan perniagaan pada hari ini. Untuk perniagaan dropship, pengalaman tentang menjalankan perniagaan ini masih terlalu sedikit. Mengenali perniagaan ini hanya secara online dan berpeluang mendalaminya pada pertengahan tahun 2013. Dan sehingga kini terdapat banyak produk yang dijalankan secara droship.

Antara produk yang dijual secara dropship ialah produk makanan kesihatan, pakaian dan juga beberapa produk yang lain. Untuk perniagaan yang dijalankan tanpa sebarang modal, pengalamannya ialah semasa saya masih bekerja di Subang Airport yang lama.

Ketika itu saya berkawan rapat dengan rakan sekerja yang berasal dari Kelantan. Saudara mara rakan sekerja saya ini gemar membeli kain dan juga tudung yang dibeli secara borong dan kemudian rakan sekerja saya membantu menjual di pejabat tempat saya bekerja. Kain dan juga tudungnya semuanya cantik dan juga selesa dipakai. Ada yang mahal dan juga yang murah. Asalnya saya hanya sebagai pembeli, tetapi kemudiannya bertukar menjadi penjual kerana rakan sekerja yang terpaksa bekerja di luar pejabat. Untuk kain dan tudung yang murah memang secara tunai. Tetapi bagi yang mahal, saya menjualnya secara dua kali pembayaran. Terdapat pelbagai masalah bagi yang membeli secara dua kali pembayaran. Kerana bukan semua yang mahu membayarnya walau berkali-kali telah diingatkan tentang pembayaran yang bakal mereka selesaikan. Hanya 2 tahun sahaja saya menjalankan perniagaan ini sebelum rakan sekerja pulang semula ke Kelantan dan saya terpaksa berhenti kerana berpindah tempat kerja.

Ada satu perniagaan yang saya sempat usahakan semasa menjaga arwah anak yang sedang sakit. Ketika itu saya hanya menjalankan perniagaan berbekalkan apa yang ada dirumah. Antaranya menjual ais krim yang dibuat sendiri. Semasa saya sedang mengemas kabinet dapur, saya terjumpa beberapa bungkusan plastik ais krim yang telah lama tetapi masih elok digunakan dan belum ada lagi tarikh luputnya.

Sambutan terhadap ais krim yang saya jual itu memang diluar dugaan. Dan hasil daripada menjual ais krim tersebut barulah saya gunakan sebagai modal sepenuhnya untuk membeli bahan-bahan yang lain. Pelanggan saya pada masa itu adalah kanak-kanak tetapi terdapat juga jiran-jiran terdekat yang juga berminat membeli ais krim yang saya jual.

Perniagaan ini tidak dapat saya jalankan secara konsistem kerana masalah arwah anak yang kerap kali terpaksa dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan dan beberapa lagi masalah yang lain.

Kini saya masih lagi menjalankan sebuah perniagaan tetapi secara dropship dan saya tidak perlu risau tentang stok barang dan juga urusan penghantaran. Perniagaan ini saya jalankan hanya dari rumah dan secara atas talian.
Walauapa pun masalah yang dihadapi saya tetap akan berusaha menjalankan perniagaan ini sehinggalah berjaya. Semoga saya dan juga sesiapa sahaja yang menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan akan berjaya dan mencapai cita-cita yang anda idamkan selama ini.

Coretan Niaga
Sariah Awang Senik

Nota : Ingin menjana pendapatan tambahan hanya melalui hphone yang anda miliki, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com dan juga Facebook Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PAKEJ MAMPU MILIK ABDR!!!
Masih terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Yuran hanya RM200 boleh dibayar secara ansuran.
Melalui pakej ini anda sekaligus mempunyai blog sendiri yang dapat memasarkan produk dan juga perkhidmatan anda.
Anda telah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...