Friday 6 November 2015

HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Awal pagi anak dara sudah bersiap-siap hendak ke sekolah bersempena Hari Kantin di sekolahnya. Dari gaya dia bercerita, nampaknya tahun ini sekolahnya mengadakan hari kantin yang sangat meriah juga. Kebetulan pula cuaca pagi ini sangat cerah walaupun awal pagi tadi ada kabus tebal ekoran dari hujan lebat semalam.

Bermacam acara yang telah disediakan oleh para guru yang begitu gigih dan tekun menyiapkan semua acara untuk mengembriakan semua anak murid selepas menjalani peperiksaan akhir tahun dan juga peperiksaan UPSR.

Antara acara yang disediakan ialah jualan makanan yang dimasakkan sendiri oleh semua guru-gurunya, nyanyian karoke, tayangan cerita perdana, permainan sampan air, permainan rumah hantu, jualan cenderahati dan pelbagai lagi acara yang sangat menarik.

Tidak seperti kebiasaan tahun-tahun yang sebelumnya, kali ini tiada anak-anak murid yang membantu bersama guru-guru menjual pelbagai makanan yang enak. Hanya sebahagiannya sahaja. Kemungkinan kesuntukan masa ataupun para guru tidak mahu menyusahkan anak-anak muridnya.

Semua barang jualan dan juga permainan adalah berdasarkan sistem jualan kupon. Ada kupon RM 1 dan juga RM0.50. Hampir RM 30 jugalah saya membelikannya kupon supaya dia dapat bermain pelbagai permainan yang telah disediakan. Apa yang pasti dia sangat seronok dan gembria melihat saya dan juga abangnya datang ke sekolah. Dari riak wajahnya, dia sangat gembria dan seronok menyertai semua acara yang diadakan sempena hari kantin di sekolahnya.

Jujur saya sangat berpuas hati melihat keadaan dia begitu. Walaupun ada sedikit kekurangan namun dia tidak sesekali berasa rendah diri dan dapat menjalani kehidupan seperti mana anak-anak yang lain.

Tidak masa berlalu begitu pantas. Waktu saya sedang menulis entri ini, dia telah pun lena tidur kerana terlalu letih bermain. Melihat dia sedang nyenyak tidur dengan, hati berasa tenang dan damai.

Syukur Ya, Allah. Terima kasih atas segala rahmat dan anugerahmu yang tiada ternilai harganya.

Corak carik Hari Kantin
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...