Wednesday 4 November 2015

PENTINGNYA ILMU SESUATU PRODUK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hari Rabu pertama di dalam bulan November. Sekejap je masa berlalu. Sebulan lagi dah pun masuk penghujung tahun. Hari ini seperti biasa saya memulakan rutin harian seperti biasa. Waktu persekolahan memang masa saya di rumah agak cepat berlalu.
Setelah anak-anak semua ke sekolah, saya mengambil keputusan untuk pergi ke pasar tani di daerah tempat saya tinggal. Ada masanya tidaklah banyak mana saya membeli barang-barang mentah. Kebiasaannya hanya sedikit sahaja. Pasar basah pula dibuka seperti biasa.

Selesai membeli beberapa jenis sayur kampung, saya singgah sekejap membeli sotong dan juga ikan di pasar basah berhampiran. Saya bercadang hendak memasak sambal sotong dan juga ikan kerisi goreng. Ikan kerisi adalah ikan kegemaran anak-anak saya apabila saya lebih suka mengoreng sahaja ikan tersebut. Setelah memilih sotong yang cantik dan segar, saya memilih pula beberapa ekor ikan kerisi. Seperti biasa saya sempat berpesan pada kakak yang menjual ikan tersebut supaya ikan itu dibuang sisik dan juga perutnya.

Ketika sedang menunggu ikan tersebut disiang, dengan secara tidak sengaja kakak yang menjual sotong dan ikan tersebut tersiang sekali sotong yang saya pilih tadi. Saya berkata kepadanya, tidak payahlah bersihkan sotong itu, sikit sahaja, tetapi dia tetap berkeras hendak membersihkannya juga. Katanya, " Tidak mengapa, balik nanti tinggal masak je ".
Saya hanya senyum dan mendiamkan diru sahaja. Nyata kakak ini bukan sekadar menjual sotong dan ikan, tetapi sangat pandai mengambil hati para pelanggannya. Di samping itu juga, dia sempat memberitahu saya cara yang paling cepat dan pantas hendak membersihkan sotong dan memasak sambal sotong tanpa mengambil masa yang lambat. Sotong adalah sejenis hidupan laut berbadan lutsinar. Ada beberapa jenis sotong. Jenis yang senang dimasak dan juga ada setengahnya yang agak liat. Katanya lagi, kalau tidak mahu sambal sotong jadi terlalu lembik, maka sotong itu kenalah direbus terlebih dahulu. Cili harus ditumis terlebih dahulu dan setelah masak, masukkan garam, gula dan asam dan kemudian barulah masukkan sotong. Rupanya baru saya tahu, kenapa setiap kali memasak sambal sotong, sotong jadi lembik dan tidak segar memasak.

Rasa bertuah hari ini, kerana bukan sahaja dapat membuat sambal sotong yang sedap untuk anak-anak, malah dapat juga sedikit ilmu yang bakal saya kongsikan dengan orang lain. Mungkin ada yang tahu tips ini semua, tapi bagi saya ianya adalah satu pengalaman yang baru.

Di dalam perjalanan pulang dan sampai dirumah, saya terfikir rupanya untuk hanya menjual ikan dan sotong ataupun apa sahaja, ilmu tentang sesuatu produk tersebut amatlah penting. Bagaimana dengan penerangan dan perbualan yang secara spontan dan santai secara tidak langsung dapat menarik pelanggannya yang tersendiri. Begitu jugalah halnya dengan Akademi Bekerja Dari Rumah. Akademi ini bukanlah MLM ataupun jualan langsung. Ianya sebenarnya mengajar sesiapa sahaja belajar tentang cara penulisan blog yang secara santai dan sekaligus menjana pendapatan daripada.

Penjelasan akan segala kelebihan dan.kemudahan yang bakal diprolehi setelah mahir menulis sesuatu entri untuk blog amatlah luas. Kongsikan juga kisah sahabat ABDR yang telah berjaya meraih pendapatan dengan hanya berkongsi kisah ataupun minat di blog. Penulisan blog boleh digunakan untuk tujuan berbisnes ataupun berkongsi apa sahaja yang dapat memberikan manfaat kepada semua yang singgah membaca blog kita.

Dengan itu kita boleh gunakan blog untuk pelbagai tujuan. Jika ada yang berminat ataupun telah bersedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang ABDR ini, sila hubungi saya Sariah Awang Senik di 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Hari Rabu
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...