Wednesday 25 March 2015

AMALAN MENCUCI TANDAS DAN BILIK AIR UMPAMA MEMBERSIHKAN DIRI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hati rasa sangat bersyukur kerana dapat juga merehatkan diri pada hari 'offday' ini. Minggu lepas sepatutnya berehat tetapi tidak dibenarkan. Kalau musim cuti sekolah memang agar sukar untuk saya bercuti. Beberapa hari sebelum itu, saya telah pun bercuti awal kerana pulang ke kampung menjenguk orang tua kesayangan. Alhamdulilah mereka berdua sihat-sihat belaka.

Kalau hari 'offday' ini macam-macam yang hendak saya lakukan. Nak menulislah, menjahitlah, mengemas dan bermacam-macam lagi. Tetapi selalunya yang penting dululah yang selalu saya buat dahulu. Tapi hari ini, saya bercadang nak cuci tandas dan juga bilik air. Kebiasaannya saya cuci tandas dan bilik air 2 kali seminggu. Tetapi memandangkan saya agak sibuk pada minggu lepas, maka saya hanya sempat mencucinya hanya sekali sahaja.

Saya senantiasa memastikan menjaga amalan ini. Kalau arwah Datuk Nik Aziz yang juga seorang menteri besar Kelantan boleh mencucinya sendiri apatah lagi diri kita yang langsung tidak mempunyai sebarang jawatan penting di dalam sesebuah organisasi kerajaan.

Dengan mencuci tandas dan juga bilik air ianya bagaikan simbolik menyucikan diri kita daripada sebarang dosa. Air adalah sebagai agent utama yang memainkan peranan yang penting di dalam membersihkan diri kita. Begitu jugalah hal yang sama di dalam membersihkan diri kita daripada sebarang dosa. Jadi mulai daripada sekarang, rajin-rajinlah jadikan amalan ini sebagai salah satu tabiat yang baik di dalam kehidupan anda semua.

Bukan susah mana pun hendak mencuci tandas dan juga bilik air ini. Saya hanya perlukan sabun, berus untuk menggosok lantai , sedikit klorox dan juga pewangi bilik air. Bagaimana hendak mencucinya terpulanglah kepada kreativiti anda. Ada pelbagai macam cara. Semuanya terpulang kepada cita rasa masing-masing. Nak senang ataupun susah.

Antara sikap positif yang boleh saya kekalkan di dalam diri dan juga mungkin juga orang lain ialah;
@@@ Dapat mengingatkan diri akan segala amalan menyucikan diri di dalam ajaran agama Islam yang suci ini.
@@@ Dapat memupuk sikap positif di dalam diri seseorang.
@@@ Dapat muhasabah diri bahawa setiap kehidupan manusia adalah sama tanpa mengira darjat dan pangkat seseorang.
@@@ Kehidupan semua manusia adalah sama tanpa mengira warna kulit dan sebagainya. Maka kita tidak berhak untuk menghukum sesama manusia.

Mungkin ada banyak lagi sikap positif yang dapat kita amalkan dengan hanya mencuci tandas dan juga bilik air. Telah wujud juga pelbagai kisah menarik yang di dramakan dengan hanya menjadikan amalan mencuci tandas dan juga bilik air.

Akhir kata janganlah sesekali anda malu untuk menjadikan amalan ini di kalangan ahli keluarga anda. Ianya adalah amalan di dalam ajaran Islam yang paling mulia dan juga dapat membentuk dan memperkukuhkan keperibadian seseorang.

Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BUKU ALLAH TEMPAT MEMINTA
TERDAPAT PELBAGAI KISAH MENARIK YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU ' ATM ' INI.
PENULIS BUKU INI IALAH FATHURI SALEHUDDIN. DI DALAMNYA TERKANDUNG KISAH SERAMAI 40 ORANG PENULIS.
HARGA BUKU INI IALAH RM 25 SUDAH TERMASUK POSTAGE.
Jika anda hendak dapatkannya, boleh hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...