Sunday 22 March 2015

BERAKHIRNYA SUDAH CUTI PERSEKOLAHAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Begitu cepat masa berlalu. Cuti sekolah yang selama seminggu pun tidak terasa apa. Mungkin sebab saya terlalu sibuk bekerja dan kadang-kadang tiada masa memikirkan hal yang lain. Ketika ini saya masih lagi sedang bekerja dan juga mencari pendapatan sampingan secara online. Walaupun komisen yang saya dapat tidaklah banyak, namun saya tetap bersyukur. Komisen di dalam RM20, RM 5 ataupun RM 6, siapalah yang nak bagi kan.

Cuti sekolah ini pun, berlalu begitu sahaja. Saya hanya berpeluang pulang ke kampung bersama dengan anak-anak tersayang. Dah terlalu lama saya dan anak-anak tidak pulang ke kampung dek terlalu banyak halangan. Alasan sibuk sebenarnya bukanlah alasan terbaik untuk tidak pulang ke kampung. Masa saya sedang bekerja ini, saya lihat begitu ramai ibubapa sibuk mengambil cuti untuk membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik. Alhamdulilah saya merasa bahagia melihat ibubapa serta anak-anak gembria apabila dapat menghabiskan cuti bersama-sama serta meluangkan lebih banyak masa bersama.

Bukan semua ibubapa berkemampuan untuk berbuat demikian. Ada ramai ibubapa yang kurang berkemampuan dan hanya mampu membawa anak-anak menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama atuk dan juga nenek mereka.

Tidak kisahlah apa pun, menghabiskan cuti bersama anak tersayang adalah saat yang paling bermakna buat semua para ibu dan juga bapa. Insha Allah jika ada rezeki yang lebih, pasti akan ada lagi untuk anak-anak tersayang. Saat saya sedang menulis entri ini, saya baru sahaja bangun untuk menyiapkan anak-anak yang hendak ke sekolah. Semoga di minggu pertama permulaan hari sekolah ini akan membawa seribu kebahagiaan kepada semua ibubapa dan anak-anak. Begitu jugalah hal yang sama yang saya harapkan bersama-sama anak-anak tersayang. Amin.

Sekian Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...