Saturday 3 December 2016

JADI FAMOUS DI GOOGLE DENGAN HANYA SATU KEYWORDS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mohon dilancarkan segala penulisan tentang entri ini dengan harapan dapat memberi manfaat buat semua.

Alhamdulillah. Sudah empat hari kita berada dalam bulan terakhir dalam tahun 2016 iaitu bulan Disember. Rasanya banyak aktiviti yang kita nak lakukan bersama-sama dengan anak-anak dan juga keluarga tersayang.

Samalah juga macam saya. Syukur juga anak bujang tersayang baru sahaja selesai SPM dan berdoa agar dia dapat keputusan yang membanggakan.

Tapi jika sebaliknya, saya tetap terima dengan hati yang redha dan ikhlas dan percaya dia ada kelebihan yang tersendiri, betul tidak?

Okey, berbalik kepada entri saya yang utama hari ini, yang saya sharekan sebagai posting di facebook tentang bagaimana nak jadi famous di papan GOOGLE dengan hanya satu keywords semalam.

Jujurnya saya tidak sangka sambutan dari rakan facebook yang lain begitu menggalakkan. Terfikir juga, tamai rakan-rakan yang gila glamour rupanya.

Jangan marah. Sebenarnya saya hanya bergurau. Menjadi terkenal di papan GOOGLE tu bukanlah berkenaan dengan diri kita, tapi lebih kepada apa yang kita sedang lakukan.
Sebagai contoh, kita ada produk, perkhidmatan ataupun mungkin ada pengalaman yang menarik untuk dikongsikan dengan semua rakan dan juga pembaca blog yang lain.

Tapi apa kaitannya blog, google dan juga keywords ya?

Sebenarnya, sekarang dah jadi satu trend, kita mencari segala maklumat hanya dengan satu klik di internet. Semuanya hanya dihujung jari.
Rata-rata semua rumah ada kemudahan internet tidak kira pakai data ataupun wifi.

Nak cari satu maklumat sahaja, kita pasti akan cari di GOOGLE. Taip saja satu perkataan maka akan secara automatiklah akan keluar segala maklumat.

Sebagai contohnya, taip sahaja perkataan AYAM maka keluarlah segala macam tentang AYAM. Jadi maknanya disini keywordsnya adalah AYAM.

Jadi dari mana datangnya semua maklumat tentang AYAM dan siapa yang menulis dan berkongsi segalanya ya?

Jangan tidak tahu GOOGLE dan BLOG macam adik-beradik yang tidak akan dapat dipisahkan. Macam irama dan lagu dalam cerita P. Ramlee tu. Kira rapat sangaf. Sebab BLOG adalah medium laman sosial yang sangat praktikal dan details tentang semuanya.

Di BLOG kita boleh berkongsi tentang apa sahaja. Minat, kemahiran, pengalaman , perniagaan dan juga perkhidmatan. Kongsikan tentang sesuatu yang bermanfaat yang mampu membuatkan pembaca dan juga pemcari maklumat di GOOGLE ingin tahu.

Kongsi dan ceritalah lebih lanjut tentang apa sahaja. Tapi pastikan hanya berkongsi tentang kebaikan dan elakkan berkongsi perkara yang tidak sepatutnya.
Terutama tentang hal-hal yang sensitif.

Dah ada BLOG , tapi bagaimana nak jadikan ianya terkenal dan senantiasa dikunjungi ramai pelawat ya?

Tipsnya, senang je.
Tidaklah susah mana.
Asal rajin dan ada komitmen.
Dan tidak perlu tulis entri yang panjang.
Dan tidak perlu juga ada asas yang tertentu.

Tulislah entri setiap hari agar para pembaca senang nak cari dan juga agar GOOGLE jadi lebih mesra dengan BLOG kita itu. Kalau nak tahu, BLOG kita akan jadi lebih cepat terkenal dengan bantuan satu kumpulan sokongan.

Macam saya dahulu pernah ada satu blog yang saya tulis sendiri. Tapi tanpa asas dan tujuan, blog saya jadi tidak tentu arah dan juga tujuan. Hinggalah saya ditemukan jodoh berkenalan dengan seseorang yang bernaung di bawah satu kumpulan sokongan, bergerak secara online dan juga pembelajaran secara online.

Kumpulan tersebut dinamakan sebagai AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH yang membantu sesiapa saja menjana pendapatan melalui penulisan di BLOG.

Kumpulan ini diasaskan oleh Pn Masayu Ahamd dan merupakan salah seorang penulis tetap di Majalah Minggun Wanita yang mendidik minda terutamanya wanita untuk mencari pendapatan sampingan daripada berblog .

Menarik bukan. Kumpulan ini juga terdiri dari ramai golongan profesional terutamanya para wartawan. Jadi tidak hairanlah saya pernah dilamar sebanyak dua kali untuk berkongsi tentang kisah kehidupan di majalah Mingguan Wanita satu masa dahulu.

Jadi tidak mustahil, rakan-rakan yang lain boleh juga jadi seperti saya satu masa nanti. Dengan bernaungnya BLOG saya di bawah kumpulan ini, maka secara tidak langsung ahli kumpulan yang lain akan melawat BLOG saya dan juga memberi sokongan.

Dengan cara itu, maka BLOG saya akan jadi lebih cepat terkenal di papan GOOGLE.
Senang kan macam itu.
Ada kumpulan sokongan dan mana tahu akan jadi salah seorang pengguna produk dan juga perkhidmatan kita.


Nak tahu lebih lanjut lagi tentang kumpulan sokongan ini?
Boleh je. Tiada masalah.
Hubungi saya kat sini 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com untuk maklumat yang lebih lanjut ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Setiap manfaat dan juga keuntungan hasil daripada perkongsian di blog ini, RM 10 akan saya sumbangkan ke sebuah tabung amal kebajikan yang dinamakan Amal Till Jannah.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...