Sunday 21 September 2014

HATI SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Alhamdulilah, bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk menulis di blog yang paling aku sayang ini. Cuti sekolah telah pun berakhir selama seminggu. Tidak banyak yang aku boleh lakukan untuk-anak tersayang. Selain sibuk dengan kerja dan tanggungjawab, aku hanya mampu menghabiskan masa di rumah memasak dan juga berbual bersama-sama dengan anak-anak.

Kalau diikutkan aku hendak sahaja aku bercuti bersama-sama dengan anak-anak. Tapi dengan kedudukan yang belum kukuh, aku tidak mampu membawa anak-anak bercuti seperti kebanyakan ibubapa yang lain. Namun insha Allah suatu hari nanti aku juga akan mampu membawa mereka berdua bercuti ke tempat yang mereka ingin lawati. Tetapi kekadang banyak perkara yang aku rasa belum aku lakukan sebagai seorang ibu. Sebagai seorang ibu aku masih tidak sempat untuk menyelami sepenuhnya hati dan juga perasaan anak-anak aku. Jauh di sudut hati aku, masih terasa ada sesuatu yang anak-anak aku sembunyikan demi menjaga hati dan juga perasaan aku.

Mungkin suatu hari nanti mereka berdua akan dapat meluahkan segala apa yang terbuku di hati kedua anak-anak aku. Buat Muhamad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah, ibu yang sudah hampir berambut uban memutih dan juga usia sudah makin meningkat ini, ibu mohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat memenuhi segala impian kalian berdua.

Ibu kini sedang berusaha dengan gigih untuk membina kembali kehidupan yang lebih bermakn. Walapun tanpa seorang yang bergelar abah atau ayah dan juga suami bagi ibu, ibu tetap bersyukur dengan adanya kalian berdua dan juga segala kasih asayang Allah bersama-sama kita.

Itulah sahaja pesanan yang tidak seberapa untuk anak-anak tersayang. Nanti kalau ada perkara yang terlintas di fikiran nanti akan aku kongsikan di ruangan kesayangan ini.

Okey sebelum terlupa kepada sesiapa sahaja yang bercadang untuk bekerja dari rumah sekaligus menjana pendapatan dari rumah, bolehlah menyertai AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Semua kemahiran secara online mengikut masa yang anda tentukan sendiri.

Jika berminat dan telah bersedia bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik  019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Yang Tidak Seberapa
Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

Wishlist:
@@@ Teringin membawa anak-anak bercuti dengan pakej percutian yang istimewa.
@@@ Sedang mencari dan juga menambah koleksi buku yang sesuai untuk pembacaan anak-anak berumur 9-15 tahun ke atas.

Nota : Untuk pengetahunan semua saya bercadang menwujudkan perpustakaan kecil di rumah. Mungkin perbelanjaan sekarang tinggi namun saya pasti dengan budget yang rendah pun, saya boleh adakan dirumah. Kepada sesiapa yang ada idea yang sesuai boleh juga hubungi saya melalui email saya ya.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...