Monday 8 September 2014

SEHARIAN BERSAMA ANAK TERSAYANG

Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Hari ini sepatutnya saya bekerja tetapi memandangkan badan tidak berapa sihat dan hidung pun tersumbat saya mengambil keputusan untuk cuti sahaja. Saya terus memberitahu sahabat di tempat kerja yang saya hendak bercuti. Lagipun esok sahabat saya itu akan ke hospital untuk membuat rawatan dan mungkin akan ditahan di hospital. Sementara dia belum di tahan di wad, baik saya bercuti terlebih dahulu. Kalau nak tahu, anak dara saya pun tidak bersekolah agama hari ini.

Memandangkan dia baru sahaja habis peperiksaan, maka saya beri dia kelonggaran untuk bercuti di rumah sahaja. Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan bersama anak dara tersayang ini. Sedang saya sibuk manaip blog dan juga kerja-kerja online di internet, dia pun terlena tertidur dengan sendiri. Kekadang kesian jugak kat dia ini. Banyak masa dia terpaksa habiskan dengan mengikut saya ke tempat kerja selepas habis waktu persekolahan. Pernah jugak saya mencadangkan agar dia belajar duduk rumah sendirian, tetapi bimbang pulak akan keselamatannya. Mungkin kalau abang dia ada di rumah, barulah saya tidak rasa bimbang sangat. 

Dia mempunyai minat yang sama dengan saya, iaitu membaca. Kini dia sedang berusaha mengumpul novel remaja iaitu Ain Maisarah. Kalau ada sesiapa yang menjual novel remaja tetapi tidak semestinya penulis yang sama, bolehlah hubungi saya ya. Bukan apa saya hendak menggalakkan lagi dia membaca dan mencari ilmu pengetahunan dengan cara yang lebih santai dan tidak tertekan.

Ketika saya sedang menulis coretan ini, dia sedang asyik menonton tv setelah sama-sama memberi idea saya menulis untuk entri yang baru ini. Dia juga berminat dengan bidang fotografi. Sebagai seorang ibu, saya memberikan dia sepenuh sokongan ke atas apa sahaja bidang yang diceburinya.
Semoga suatu hari nanti dia juga dapat menjadi seorang anak yang taat dan juga solehah. 

Buat Nur Damia Rifqah , insha Allah ibu akan usaha memberi yang terbaik di antara yang terbaik. Doakan agar kita bahagia selalu ya.



Coretan Harian
Sariah Awang Senik


Nota ; Jika ada rakan-rakan blog yang menjual novel-novel remaja secara online ataupun yang terpakai, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Berkenalan juga dengan rakan-rakan blogger saya yang lain iaitu Sharimah Yahya http://sharimahyahya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...