Monday 28 September 2015

HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SEBUAH PENGORBANAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah syukur dapat berpeluang lagi menyambut hari raya haji dan menghabiskan cuti selama seminggu bersama anak-anak tersayang. Walaupun tidak dapat pulang ke kampung, namun hati tetap berasa bersyukur. Kebiasaannya memang selalu tidak dapat pulang ke kampung kerana memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain pula untuk bercuti.

Mungkin inilah salah satu pengorbanan secara tidak langsung dan juga salah satu cara untuk melihat insan lain hidup gembira dan bahagia dengan melihat mereka semua menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Di kesempatan itu juga, saya memberi peluang kepada anak-anak untuk menghabiskan masa bersama keluarga bekas suami.

Pagi hari raya haji setelah selesai solat berhari raya, saya dan anak-anak terus pulang ke rumah. Pada pagi tersebut sebelum ke masjid saya dan anak-anak hanya sempat bersarapan seperti biasa tanpa hidangan rendang dan juga lemang. Tahun ini saya terlewat menempah lemang. Dan akibatnya saya dan anak-anak tidak dapatlah memakan lemang raya tahun ini. Apa pun saya tetap berasa bersyukur kerana berpeluang meraikan hari raya haji ini dengan cara yang tersendiri.

Setelah selesai memasak rendang untuk
anak-anak tersayang, saya dan anak pun makan bersama. Itulah masa yang sangat bernilai apabila berpeluang menghabiskan masa bersama dengan anak-anak. Di waktu petang pula, saya menghantar anak-anak tersayang ke rumah ayah mereka untuk menghabis masa mereka bersama keluarga bekas suami saya.

Sebagai seorang ibu, saya tidak pernah sesekali menghalang anak-anak untuk berjumpa dengan ayah mereka. Tidak sesekali terlintas di benak pemikiran saya untuk memutuskan ikatan silaturrahim antara anak dan juga ayah.
Walaupun kisah perpisahan ini adalah kemahuan ayahnya, namun saya tetap redha dan menganggap ada hikmah disebalik semua dugaan kehidupan. Insha Allah.

Coretan Hari Raya Haji
Sariah Awang Senik

Nota : Kepada yang singgah membaca ataupun membeli sebarang produk daripada blog saya, RM 1 akan didermakan kepada golongan yang sangat memerlukan.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...