Tuesday 8 September 2015

BUMI MAKIN PARAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Seawal pagi, kaki ini sudah melangkah menghantar anak kesayangan ke sekolah. Meredah pagi yang nyaman berserta kabus menyelubungi seluruh daerah kesayangan ini. Terdetik di penjuru hati, apakah benar pada pandangan mata ini ataupun hanya bayangan yang membohongi mata yang masih lagi di bayangi rasa mengantuk.

Kabus ataupun jerebu itulah yang bermain di fikiran ku. Cuacanya mendung dan berangin bagaikan sedang menanti kehadiran sang hujan. Menyusuri sebuah jambatan kecil, kulihat di sepanjang sungainya penuh dengan sampah sarap yang mencemarkan pandangan. Betapa dahulu, sungai kecil ini menjadi satu punca air yang teramat penting suatu masa dahulu. Di sekelilingnya tersusun deretan kebun-kebun getah dan juga pokok-pokok buahan dan juga tanaman seperti pisang dan juga lain-lain. Kini semua itu sudah tidak wujud lagi. Hampir separuh daripada kebun-kebun getah itu sudah dijual kepada pemaju perumahan dibangunkan sebagai sebuah taman perumahan.

Eko sistem sang sungai sudah tercemar. Sungai yang dulunya penuh dengan hidupan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya semakin terancam. Ini bermakna sungai semakin hari makin tercemar. Begitu jugalah dengan keadaan bumi ini yang semakin hari bertambah parah dan sakit. Banyak  hutan-hutan simpanannya diteroka untuk di jadikan kawasan perumahan dan juga untuk dibangunkan sebagai sebuah pekan kecil dan sebagainya. Habitat kehidupan liar yang sekian lama mendiami kawasan hutan turut musnah sama sekali. Mereka tidak dapat mencari makan yang secukupnya dan menyebabkan ada yang mati kelaparan dan tidak kurang juga yang terpaksa lari ke tempat yang lain. 

Kini bumi yang sangat kita sayangi ini bertambah parah dan tenat . Ternyata lapisan ozon bumi makin menipis. Udaranya pun turut tercemar dengan pelbagai kekotoran yang datang daripada asap kilang-kilang yang sedang beroperasi di sana dan juga sini.

Maka hati ini berpesan kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga dan juga saudara mara dan juga generasi yang seterusnya agar menjaga dan merawati bumi ini sebaik yang mungkin. Pembangunan yang semakin pesat membangun boleh diteruskan namun kekalkanlah warisan khazanah alam yang telah sekian lama tersimpan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Generasi sekarang harus belajar memelihara dan juga mengekalkan warisan bumi ini.


Coretan Bumi

Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...