Thursday 17 September 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Semalam adalah Hari Malaysia. Bertuahnya generasi hari ini tidak perlu melalui semua kesusahan untuk mencapai kemerdekaan. Sebagai generasi baru yang lahir selepas merdeka mempunyai tanggungjawab baru untuk mengekalkan segala kenikmatan dan keamanan yang dikecapi selepas merdeka.

Hari ini tidak kira apa bangsa dan juga agama mempunyai kebebasan untuk hidup dan juga bergerak ke mana sahaja yang kita inginkan. Namun sejak kebelakangan ini terlalu banyak anasir-anasir dari luar yang berusaha menganggu segala keamanan yang kita nikmati selama ini. Bermacam isu cuba diwujudkan untuk merosakkan pemikiran generasi baru hari ini. Isu perkauman dan juga isu-isu lain cuba diperbesar-besar dengan tujuan untuk memporak-perandakan kehormanian yang wujud di dalam masyarakat Malaysia selama hari ini.

Kita haruslah lebih berhati-hati di dalam memberi pendapat dan juga pandangan agar ianya tidak menguris hati mana-mana pihak yang berkenaan. Kedamaian dan juga kemakmuran yang kita nikmati selama ini bukanlah boleh dicapai di dalam masa yang singkat. Semuanya memerlukan pengorbanan dan juga terpaksa melalui pelbagai kepayahan untuk mencapainya.

Sempena Hari Malaysia marilah kita bersama-sama melupakan semua isu-isu negatif dan juga berusaha memulihkan kembali hubungan yang baik tidak kira bangsa, agama ataupun apa sahaja. Marilah kita senantiasa kekalkan kedamaian dan juga kemakmuran yang telah sekian lama wujud sejak dari hari pertama Malaysia mencapai kemerdekaannya sendiri.

Selama Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia yang sangat saya sayangi dan hormati. Tidak lupa juga kepada keluarga tersayang dan sahabat andai yang senantiasa berada di ingatan saya selama ini.

Coretan Hari Malaysia
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...