Saturday 12 September 2015

HUJAN DAN JEREBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah hujan turun juga ke daerah kecil ini. Saya berfikir dan berkata-kata didalam hati, entahkan sudi ataupun tidak lagi rahmat Allah itu turun menyembah bumi. Dengan keadaan jerebu yang semakin teruk dan menyebabkan pandangan dari satu tempat ke tempat yang lain menjadi amat terhad. Hampir seminggu juga jerebu ini melanda di daerah ini.

Pada mulanya tidaklah terlalu ketara. Namun semakin hari makin menyukarkan pandangan dan menyebabkan mata ini terasa amat pedih apabila terlalu lama berada di luar rumah. Apa pun syukur, petang tadi akhirnya turun juga hujan ke bumi ini. Hampir beberapa kali hujan turun dan rupanya bukan hanya hujan sahaja, malah turun di meriahkan sekali dengan bunyi kilat dan petir yang tiba-tiba mengemparkan sekalian umat di bumi ini. Saat dilanda bunyi kilat yang teramat kuat, saya sempat berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Kebetulan waktu itu saya sedang bertugas dan terpaksa melayani karenah pelanggan yang pelbagai ragam. Teringat saya akan kejadian yang sedang menimpa semua jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Jemaah di sana diuji dengan ujian yang maha hebat dari Allah yang maha esa. Semasa mengerjakan ibadah haji itu Mekah dilanda ribut pasir berserta angin yang begitu kencang. Dan yang lebih mengemparkan lagi, dengan secara tiba-tiba krane jatuh di Masjidil Haram dan menimpa jemaah-jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji. Betapa besarnya dugaan yang Allah turunkan untuk mereka semua. Pasti ada rahmat dan juga hikmah yang tersembunyi.

Berbalik pada keadaan saya tadi semasa sedang bekerja, saya tidak dapat bayangkan keadaannya jika dilanda ribut dan juga angin kencang. Apa pun saya berasa sangat bersyukur kerana tiada kejadian buruk yang berlaku. Semasa hujan lebat tadi saya masih sempat berdoa agar semua jemaah Malaysia dan juga semua jemaah dari negara yang lain berada di dalam keadaan yang selamat. Selain daripada itu saya juga berdoa moga semua urusan berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat di selesaikan dengan cara yang baik. Aamiin.

Coretan Hujan Dan Jerebu
Sariah Awang Senik

Nota ; Jika ada sudi singgah membaca enteri ini, sudilah kiranya membantu menderma untuk sebuah tabung amal kebajikan yang diberi nama Amal Till Jannah. Masih banyak keperluan yang diperlukan oleh tahung kebajikan ini. Ada yang hendak tahu lebih lanjut tentang tabung ini, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...