Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
ANDAINYA MEREKA TAHU
Dari kejauhan seakan terdengar bunyi sang gemuruh.
Entah bila rahmat Allah ingin menyembah bunyi lagi.
Usai magrib tadi tak putus doa dipohon ampunkan segala kekhilafan diri dan juga sekalian umat dibumi ini.
Sudah dua hari daerah ini dilanda panas terik, semua umat Muhammad seakan hilang pedoman.
Sana-sini mengadu panas yang teramat sangat.
Ya Allah kau turunkanlah rahmatMU itu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
Petang tadi amarah ini bagaikan lahar gunung berapi.
Berapi-api mengalirkan segala laharnya.
Terus teringat yang syaitan sedang menjalankan tugasnya merasuk hamba Allah ini.
Sebenarnya hanya nak mengingatkan anak-anak ini.
Bahawa kehidupan tak semudah yang disangka.
Kita hanya merancang dan tuhanlah yang menentukan.
Hanya nak anak-anak lebih belajar berdikari.
Agar jika kesusahan datang menyapa dalam kehidupan tak cepat mengalah dan melatah.
Andainya mereka tahu apa yang sedang bergolak dalam hati ibu yang semakin meningkat usianya.
Andainya mereka tahu yang syurga dan neraka hanya itulah pilihan yang ada dibumi ini.
Dan hidup dan dunia ini hanyalah sebagai satu persinggahan bagi kehidupan yang lebih abadi.
Entahkan mereka mengerti atau tak hanya Allah yang tahu.
Hanya doa terus istiqamah dipohon agar satu hari nanti mereka berdua mengerti akan segalanya.
Di penghujung tangkai hati ini ada secebis pilu sedang bercambah.
Bahawa keperitan ini tak akan mampu diluahkan hanya semata ingin melihat senyuman manis mereka berdua terus terukir dan sinar kebahagiaan terus terserlah diwajah-wajah kesayangan ini.
Ya Allah ampunkan kekhilafan hambaMu ini dalam menjalankan tanggungjawab menjaga amanahMu ini.
Sekian
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment