Sunday 23 December 2018

INGIN HIDUP LEBIH BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sebenarnya untuk hidup lebih bahagia dan ceria bukanlah terletak pada material semata-mata. Tetapi lebih kepada diri kita sendiri. Apakah amalan yang seharusnya dilakukan setiap kali dilanda dugaan ataupun musibah.

Dan yang paling apakah perkara kebaikan yang sentiasa dilakukan supaya hati dan juga jiwa kita menjadi lebih tenteram dan juga tenang serta tak sibuk menyalahkan sesiapa apabila dilanda suatu masalah.

Ternyata amalan asas yang seharusnya kita lakukan adalah berbalik kepada Allah yang maha esa. Setelah difikir dan juga mencari segala pengetahunan hanya amalan berzikir, berselawat dan beristighfar sahajalah yang mampu memberikan lebih banyak ketenangan dan juga kebahagiaan.

Memang amalan ini dipandang remeh serta tak nampak keuntungannya sebagaimana duit ringgit. Akan tetapi kesannya sangatlah menguntungkan bagi orang-orang yang berusaha dan istiqamah mengamalkannya.

Paling afdal jika dilakukan setiap hari dan juga diawal pagi.
Jika rasa sedih ataupun gembira janganlah jemu-jemu untuk lakukan setiap amalan-amalan ini.

Resipi untuk hidup lebih bahagia hanyalah kembali kepada Allah. Tinggalkan segala yang dilarang dan lakukan setiap amalan dan beri lebih banyak kebaikan tanpa mempersoalkan apakah nikmat dan pahala yang bakal kita dapat hasil dari segala amalan-amalan berzikir, berselawat dan juga beristighfar.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...