Wednesday 19 December 2018

HANYA MAMPU MENDOAKAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Hujan masih lagi turun dengan lebatnya malam ini.
Makin meriah lagi dengan bunyi guruh dan juga kilatnya. Sesekali terdetik juga rasa risau.
Mujurlah sekarang sudah bertukar shift pagi dan malam adalah dirumah menghabiskan masa dengan anak dara tersayang.

Baru sekejap tadi telah selesai membeli baju sekolah dan juga alat kelengkapan sekolah anak dara yang duduk di asrama ini.
Bukanlah beli semuanya serba baru tapi hanya membeli apa yang perlu sahaja.

Itu pun anak dara telah mendapat bantuan zakat. Jumlah bajet perbelanjaan persekolahan tidaklah banyak mana, tapi sangat membantu bagi diri saya dan anak dara tersayang.

Selesai membeli barang sekolah dan apa yang patut saya dan anak dara memgambil kesempatan untuk makan malam bersama disebuah gerai yang berhampiran.
Alhamdulillah. Boleh tahan jugaklah masakannya dan taklah terlalu mahal.

Saya lebih suka memilih untuk bersederhana dalam segala hal. Jika ada rezeki lebih memang saya akan banyak habiskan untuk anak-anak tersayang.

Sebenarnya kehidupan yang saya lalui ini tidaklah semewah mana. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki sebagai salah seorang hamba di atas muka bumi ini.

Ketika saya sedang melalui saat-saat yang paling sukar, saya cukup bersyukur kerana masih ada adik-beradik, ayah dan mak cik juga saudara-mara. Tak lupa juga sahabat-handai yang tak pernah jemu memberi kata-kata semangat.

Adakalanya saya dah tak mampu membalas segala jasa-jasa mereka semua.
Apa yang termampu saya lakukan hanyalah mendoakan agar Allah senantiasa melindungi dan menganugerahkan rezeki yang melimpah-ruah buat mereka semua.

Nak balas dengan duit, sejujurnya memang tak mampu. Dengan mendoakan mereka sahajalah yang mampu saya lakukan. Dalam masa yang sama, malaikat juga akan mendoakan perkara yang sama buat diri saya.

Hujan masih lagi belum berhenti. Walau tak lebat mana, tapi dah cukup membuatkan membuatkan mata untuk meneruskan entri ini.
Semoga esok saya dapat lagi menaip entri yang lebih menarik dan bermanfaat buat semua yang sudi singgah membaca di blog Travelog Kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...