Thursday 21 February 2019

BERAKHIR SUDAH COACHING PENULISAN TERAPI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Alhamdulilah berakhir sudah coaching penulisan terapi yang berdasarkan Al-Quran.
Sebenarnya pada permulaan kelas ini dulu taklah faham sangat. Tapi setelah beberapa lama barulah faham akan segala rentaknya. Kelas dikendalikan secara group wasap dibawah pimpinan Suzana Suliman.

Bagi yang khatam Al-Quran mungkin tak mempunyai masalah tentang memahami Al-Quran. Tapi tak bagi diri ini. Masih lagi dalam proses belajar membetulkan bacaan dalam Al-Quran dan perbaiki segala kelemahan yang ada.

Dalam kelas coaching terapi penulisan ini, kita dikehendaki menulis jurnal syukur selama 21 hari atas apa sahaja nikmat yang kita nikmati termasuk juga segala cabaran yang sedang kita lalui sekarang.

Kemudian dengan berpandukan ayat-ayat Al-Quran kita diminta menulis jurnal refleksi atas apa yang kita faham dari ayat Al-Quran tersebut dan dibandingkan dengan kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Bagaikan rasa tak puas dan ada sesuatu yang membuatkan hati ini ingin terus sambung lagi belajar dan berada dalam coaching penulisan secara terapi dalam kelas yang bakal diadakan pada bulan Mac nanti.

Harapannya dengan kelas yang bakal dipelajari nanti akan membuatkan diri lebih memahami akan makna dalam segala ayat-ayat Al-Quran dan tak hanya setakat menghafalnya sahaja.

Mohon doa juga dari kalian yang sudi singgah membaca entri ini agar doakan saya terus istiqamah dalam menulis jurnal syukur dan juga jurnal refleksi dalam kelas coaching penulisan terapi ini.
Doakan saya ya.


Sekian
Sariah Awang Senik

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya juga ada buat jurnal kesyukuran ni tetapi idea sendiri sendiri aje. Dah masuk 2 tahun dah buat. Tapi yang saya buat ni simple aje, maklum lah idea sendiri. Tulis je setiap hari apa yang disyukuri. Dan saya perasan sebenarnya, bila kita buat macam ni apa yang kita tulis tu semakin lama jadi semakin baik, mudah dan lancar. Allah itu memang hebat. Yang berpandukan al Quran ni bunyinya pun menarik. Jika dikurniakan rezeki, saya harap dapat join juga satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak Sariah, jika terus berusaha, Allah akan bukakan jalan... Good luck akak... 💖

    ReplyDelete
  3. permisi min numpang share ya :)
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...