Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 200
Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini dah pun 20 Februari 2019.
Semalam sahaja baru selesai aktiviti ' spring cleaning' yang diadakan setiap bulan demi
demi untuk memastikan segalanya bersih dan juga kemas.
Nampak sahaja bekerja dikedai tapi serba-serbi harus dijaga.
Ada beberapa dugaan yang sedang menguji ketabahan hati ini. Dan juga terdapat juga satu halangan yang amat besar yang bila-bila sahaja boleh melemahkan semangat ini untuk mencapai satu kejayaan.
Namun segala yang datang dan wujud itu hanyalah dari Allah. Maka kepada Allah jualah saya memohon agar segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Apa yang termampu dilakukan saat ini hanyalah teruskan bersabar, berdoa dan juga berusaha sedaya untuk menghadapinya.
Hati ini juga agak terusik kerana sedang menanggung perasaan rindu kepada anak dara tersayang. Mujurlah lewat petang tadi dia call dan sempatlah meluahkan rasa rindu yang teramat sangat kepada anak dara tersayang.
Ya Allah, kau kurniakanlah kesabaran kepada hati ini untuk menghadapi apa jua cabaran dan juga rintangannya.
Sekian
Sariah Awang Senik

Moga Allah permudahkan segalanya Kak. Jaga diri... Allah beri ujian sebab Allah sayang.
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteHayyy guys...
sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
di DEWAPK agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^