Wednesday 2 February 2022

MERIAHNYA HARI CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Seronoknya bercuti bersama dengan keluarga tersayang. Walau apa pun jangan dilupa segala sop yang sudah ditetapkan.
Bersyukur juga dapat menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin sebagai salah seorang pekerja.

Hari ini, adalah hari raya kedua tahun baru cina. Penat berhadapan dengan semua pelanggan hanya Allah yang tahu. Namun tanggungjawab yang diamanahkan perlu diselesaikan sebaik yang mungkin.

Dalam kesibukan menjalankan segala tanggungjawab, terhibur melihat gelagat manusia yang singgah berhenti berehat di sebuah r&r ini. Semuanya hendak serba serbi cepat dan ada juga yang tidak langsung boleh bersabar. 

Tidak kurang juga yang mahukan layanan bak hotel lima bintang. Padahal hanyalah sebuah hentian rehat dan rawat sahaja. Jika terlalu dilayankan dan difikirkan sangat bakal mengundang kemarahan diri sendiri.

Apa pun faktor keselamatan perlulah lebih dititikberatkan lagi. Banyak kemalangan jalanraya yang berlaku baru-baru ini akibat kecuaian sesama manusia sehingga mengorbankan nyawa manusia lain yang tidak bersalah.

Sikap tidak sabar, sambil lewa dan mementingkan diri sendiri boleh menyebabkan nyawa orang lain terkorban.
Usahlah dipandang ringan akan faktor keselamatan di jalan raya ini.

Bersama kita menjaga diri dan keluarga serta mematuhi semua aspek keselamatan bagi mengelakkan kemalangan jalanraya dari terus berlaku.

Baiklah.
Tidak sedar masa berlalu amat pantas. Esok adalah hari raya cina yang ke tiga. Dan tidak perlu bangun terlalu awal. 

Berdoa juga agar esok tidaklah ramai sangat pelanggan yang singgah berehat di hentian rehat ini kerana badan terlalu penat bekerja dan hanya mahukan istirehat sahaja.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...