Thursday 24 February 2022

SEMOGA SENANTIASA DILINDUNGI

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Hari yang mendung sejak daripada pagi tadi. Tekak dan hidung pun berasa lain. Syukur belum ada demam atau penyakit yang lain. Apa pun bercadang untuk membuat test kerana bimbang akan virus yang mudah sangat merebak ini. Hanya Allah jualah yang tahu apa yang ada dalam hati ini.

Tidak pernah putus berdoa agar dilindungi daripada semua musibah dan juga penyakit berjangkit. Memulakan rutin harian seperti biasa sambil sibuk mempromosikan buku antologi Hijrah dibawah Hamare Group. Sungguh agak teruja ingin memeluk buku antologi ini secepat yang mungkin. Melalui antologi inilah berusaha menulis dan berkarya daripada kebiasaanya. Kebiasaannya menulis kisah hidup dan pengalaman sendiri, namun melalui antologi ini menulis cerpen dengan mencipta satu watak, situasi dan juga pengakhirannya.

Agak mencabar, namun tiada yang mustahil jika berusaha segigih yang mungkin. Harapannya karya ini dapat diterima oleh bakal pembacanya dan dapat memberi inspirasi dan juga pengajaran yang tersendiri. Lewat badan ini, cuaca semakin mendung dan kemungkinan juga bakal hujan lagi pada malam ini.

Batuk juga semakin menjadi-jadi. Tetap saja berdoa kepada Allah agar dilindungi dari apa saja musibah.

Anak dara asyik memerap dibilik dengan membaca novelnya. Terkadang risau juga kalau dia terlampau leka dan tidak menyiapkan segala kerja sekolahnya. Tidak lama lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Harapannya semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dan tercapai segala apa yang diimpikannya selama ini serta tidak lupa akan segala jasa-jasa ini. Insya-Allah.

Sekian 

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...