Sunday 20 February 2022

SYUKURI ATAS SEGALA RAHMAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Genap sudah 48 tahun. Syukur atas segala rahmat Allah yang telah dikurniakan selama ini. Dalam usia yang semakin meningkat hanya mahu membuat seberapa banyak kebaikan.

Mahu melupakan segala yang memedihkan serta fokus kepada keluarga, kerjaya dan juga impian untuk menjadi seorang penulis yang tersohor. 

Selain itu juga ingin menyambung pengajian dalam bidang penulisan dan dapat menambah pendapatan hasil daripada menulis.

Namun minat utama menulis adalah untuk menambah tabung pahala serta berkongsi seberapa banyak kebaikan dengan orang yang sudi menbaca hasil penulisan ini.

Menatap gambar bersama dengan adik-beradik tersayang, selalu saja menyentuh hati ini. Mereka selalu saja bersama dan menghulurkan bantuan semampu yang boleh.
Memberi sokongan dan melayan karenah anak-anak dengan membawa mereka ke tempat- tempat peranginan. Jujur anak-anak lebih akrab dengan keluarga sebelah diri ini berbanding dengan keluarga sebelah ayahnya.

Entah mengapa, hanya tuhan saja yang lebih mengetahuinya. 

Tidak mahu bersangka yang bukan-bukan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah yang maha esa. Dalam masa yang sama sudah terangkan apa yang sepatutnya kepada anak-anak tersayang. Asalkan mereka berdua menjenguk dan bertanya khabar ayah biarlah hubungan sebegitu.

Cumanya kelak tidak mahu perkara yang tidak sepatutnya diungkit-ungkit sebagaimana yang telah berlaku. 

Lagipun anak-anak semakin bijak dan menilai segala apa yang telah berlaku selama ini.
Biarlah dan usahlah terlalu difikirkan hal yang telah lama berlalu.
Abaikan dan maafkan atas segalanya.

Di penghujung usia ini hanya mampu bertenang dan berdamai dan lebih banyak habiskan masa kepada yang satu. Semoga segala kenikmatan tidak melalaikan diri serta istiqamah dalam menuju syurga yang abadi kelak.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...