Wednesday 2 February 2022

MISI MENYIAPKAN BUKU SOLO

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Bukan kaleng-kaleng ujian hendak menyiapkan buku solo di bawah Hamare Group ini. Diuji dengan kesakitan, kesibukan dan beberapa ujian lagi. Tidak pernah merancang untuk mencari rumah sewa yang lain jika tuan rumah tidak menjual rumah sewanya itu.

Apa pun biarlah. Rumah sewa itu, adalah rumahnya dan terpulanglah apa yang hendak dilakukannya. 

Berbalik kepada buku solo ini, banyak proces juga tertangguh dek kerana ujian sakit dan juga pindah rumah. Kesakitan dengan kaki membengkak tanpa sebab, membuatkan diri menjadi lesu, cepat berasa penat serta tidak bersemangat.

Pernah diri hanya berfikir menghabiskan masa berehat sepanjang hari sahaja. Tetapi sampai bila mahu begitu?

Lantas memaksa diri ke hospital dan membuat pemeriksaan kesihatan. Dari keputusan ujian yang dijalankan, bersyukur kerana bebas dari penyakit kronik dan juga tiga serangkai. Namun ketika itu, kaki masih lagi menbengkak. Tidak putus berdoa dan juga berusaha sebaik yang mungkin.

Memandangkan ada banyak perkara tertangguh akibat dari segala ujian tersebut, maka gagahkan diri melawan kesakitan dan juga kesibukan dengan berusaha menyiapkan buku solo sebaik yang mungkin.

Jujurnya diri memang tidak pernah lagi menulis buku solo. Hanya beberapa buah antologi cerpen dan juga puisi. 

Apa pun berdoa kepada Allah agar dikurniakan kemudahan untuk menyiapkan penulisan buku solo selancar dan sesempurna yang mungkin. Semoga buah tangan yang sulong ini dapat memberikan manfaat dan juga pengajaran tersendiri kepada sesiapa yang sudi membaca segala kisah dalam buku solo ini kelak.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...