Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/
Alhamdulilah syukur atas segala rahmat Allah. Jika tanpa izinnya tidak mungkin semuanya akan terjadi. Di awal pagi tadi, ada bisikan kecil supaya hari ini tidak bekerja dan bercadang mengambil cuti. Namun teringat akan pertemuan yang dijanjikan oleh kakak Shakirah dan juga kakak Ti dari #karatekidwriters maka ingatan tadi segera dilenyapkan. Boleh saja aku abaikannya. Namun peluang yang baik begitu bukan datang berkali-kali. Kakak Shakirah Md Din adalah tunggak kekuatan dalam satu kelompok penulis yang mahu menulis buku solo.
Dan aku mengenali beliau melalui projek buku Legasi Abah di bawah puan Sri Diah Shaharuddin. Antologi Legasi Abah ini adalah antologi pertama dengan puan Sri Diah Shaharuddin. Banyak pengalaman menarik juga ilmu yang dikutip dalam projek buku Legasi Abah ini.
Syukur antologi buku Legasi Abah juga telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2021. Dari situlah mengenali ramainya penulis berbakat besar dan juga mempunyai pengalaman yang tersendiri. Tambahan pula pengalaman sendiri dalam bidang penulisan masih terlalu cetek dan banyak perkara baru yang perlu diri ini pelajari.
Sebenarnya pertemuan pada siang tadi adalah satu ingatan kepada diri agar menyiapkan secepat yang mungkin manuskrip buku solo supaya dapat masuk ke PBKL tidak lama lagi.
Turut hadir bersama adalah kak Ti yang juga penulis buku Jalan Ini Indah, Pelbagai pesanan dan juga nasihat yang turut dikongsi bersama. Walaupun pertemua tadi tidaklah lama namun sangat manis dan bermakna. Itulah pertama kali bersua muka dengan kakak Shakirah Md Din dan juga kakak Ti. Sepatutnya Nurdiana juga ada bersama. Tetapi atas faktor kesihatan, maka tidak dapat hadir pada pertemuan tadi.
No comments:
Post a Comment