Thursday 2 January 2014

Hari Pertama Persekolahan

2 Januari 2014 Tarikh yang paling membuatkan kedua.putera dan puteri aku gembria. Mana tidaknya telah hampir sebulan lebih mereka bercuti  dan menghabiskan cuti dirumah. Kalau abang nya seronok pulang ke asrama tidak kurang juga dengan si adik.
Kata si adik dia tidak boleh tidur lena sebab esok paginya hendak sekolah. Sejak malam lagi dia telah siapkan semua buku teks dan juga buku tulis. Dia memaksa aku menulis semua buku buku tulisnya dengan tulisan yang cantik. Aku hanya mampu tersenyum melihat perangainya yang banyak menduga aku. Tidak kira apa pun biarlah asalkan dia bahagia. Sejak awal pagi dia dah tidak sabar sabar hendak ke sekolah. Aku hairan selalunya dia mengantuk tetapi pagi ini teruja sungguh dia dengan hari pertama persekolahannya.

Dengan baju uniform baru juga kasut sekolahnya yang baru dia nampak bersemengat. Aku bercakap dengan dia boleh ke bersemengat macam ini hendak ke sekolah sepanjang tahun. Dia berkata , ibu tidak percaya pada adik ke? Aku menjawab, ya percaya. Lantas kami berjalan bersama sama ke sekolah.

Lenguh kaki aku melangkah anak tangga menuju ke kelas nya. Kelasnya terletak paling atas sekali. Aku cakap , kenapalah kelas adik ini tinggi sampai atas langit...dia menjawab..adik kan nak jadi juruterbang mestilah kelas adik tinggi sampai atas langit supaya biar cepat adik capai  cita-cita adik. Aku tahu tentang cita-citanya itu. Apa pun aku sebagai ibu selalu mendoakan kejayaannya. Moga semua cita-citanya akan tercapai. Amin.

Lewat malam dia tertidur keletihan. Aku tahu dia sedang dibuai mimpi yang indah tentang cita citanya. Damai dan tenang aku menatap wajah nya yang polos itu. Bersyukur aku kepadamu ya Allah dengan anugerah ini.

Salam Sayang Buat Nur Damia Rifqah dan Muhd Aiman Hakimi

Ikhlas Dari, sariah awang senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...