Monday 25 August 2014

MASA BERLALU BEGITU PANTAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Terlalu cepat masa berlalu dan tidak sedar telah hampir di penghujung tahun. Banyak azam dan juga cita-cita yang belum tercapai. Kalau diikutkan hati hendak sahaja berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang sangat di minati ini.

Namun apakan daya untuk memulakan pekerjaan sendiri bukanlah perkara yang mudah. Percaya dan sabar adalah salah satu kekuatan untuk terus bertahan di dalam mengejar sebuah impian yang telah lama terkubur suatu waktu dahulu.

Kini berusaha menanamkan azam untuk terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Bukan bermaksud untuk bermegah dan menyombong diri namun segala-gala haruslah diusahakan terlebih dahulu sehingga berjaya sebelum mencananagkan nya terhadap orang lain.

Moga cita-cita dan juga usaha ini tidak akan sia-sia. Walaupun segala-galanya bermula lambat namun sebuah kejayaan ini terlalu amat bermakna kepada orang-orang seperti saya.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

########################

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...