Saturday 23 August 2014

BIARKAN IANYA BERLALU

Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Puisi

Biarkan ianya berlalu bagai angin yang berhembus
Biarkan ianya berlalu walau kenangan itu masih terpahat di sanubari ini
Biarkan ianya berlalu walau luka itu masih berparut
Biarkan ianya berlalu walau ianya telah mengubah seluruh kehidupan ini
Biarkan ianya berlalu walau segala angan-angan dan juga cita-cita musnah di laman impian
Biarkan ianya berlalu walau segunung kasih masih membuku di dada ini
Biarkan ianya berlalu walau perit menjerut segala rasa di hati ini

Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala yang terjadi
Menguatkan lagi semengatku untuk terus berjuang
Menjadikan diriku lebih tabah dan kuat melawan segala arus kehidupan
Menjadikan diriku lebih peka dan makin sedar akan kesilapan diriku
Kelemahan dan kesilapan bukanlah alasanku untuk terus berputus asa mencari bahagia
Bahagia yang dicari bukanlah terletak pada hambanya
Bahagia yang dinanti hanyalah pada yang maha esa
Syukur kehidupanku senantiasa diduga
Petanda segala rasa kasih sayang Allah mengiringi di setiap langkah dan doa kudusku
Moga kebahagiaan menanti untuk diri dan juga segala amanah yang kau beri
Pasti segala janjimu tetap akan ditunaikan
Hanya menunggu waktu dan juga detik yang sesuai.


Puisi Kehidupan
Sariah Awang Senik


Nota: Cuba untuk menulis puisi berdasarkan segala pengalaman pahit dan juga manis di dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Walau sejuta kali kegagalan percayalah titik permulaan sebuah kejayaan adalah datang daripada berjuta kali kegagalan di dalam kehidupan dan juga segala cita-cita yang ingin di capai.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...