Tuesday 5 August 2014

SAHABAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Alhamdulilah, masih berpeluang untuk mencoret dan juga menulis apa yang patut di ruangan yang tidak seberapa ini. Di zaman yang serba mencabar ini, terlalu sukar mencari sahabat yang boleh memahami segala permasalahan yang sedang kita hadapi. Berdepan dengan hamba Allah yang berkata-kata manis dan juga selalu berfikiran negatif amat menyulitkan keadaan. Walau bertapa banyak pandangan dan juga perkara yang positif namun ada sahaja perkara yang negatif selalu wujud di antara kami. Bekerja dan mencari nafkah yang halal di satu tempat kerja bukanlah perkara yang mudah.

Apapun masalah yang wujud, selalunya penulis banyak mengalah dan tidak mahu memburukkan keadaan. Bukan kerana takut kepadanya tapi tidak mahu bertengkar ditempat kerja.

Apa yang penulis lakukan hanyalah berdoa dan juga terus berdoa, moga Allah SWT memberikannya petunjuk ke arah jalan yang benar. Penulis menghormati dirinya, kerana dia umpama kakak di tempat kerja sekarang. Walau apa pun pandangan negatif yang dilemparkan terhadap penulis, selalunya penulis biarkan sahaja.
Moga nanti akan ada sesuatu yang dapat mengubah sifat negatif tentang dirinya.

Coretan Yang Tidak Seberapa
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...