Saturday 16 August 2014

JANGAN ADA BENCI

Teks ; Sariah Awang Senik

Sumber ; Sendiri


Kenapa harus menyimpan perasaan benci, jikalau ianya hanya memakan diri dan juga menyebabkan kehidupan anda terganggu kerana harus memyimpan perasaan benci yang sekian lama bersarang dihati anda. Walaupun terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan anda dan juga memusnahkan seluruh impian anda, namun percayalah setiap apa yang berlaku telah di tetapkan oleh Allah SWT dan mungkin apa yang berlaku terselit hikmah yang tersembunyi.

Segala yang berlaku, memerlukan anda melihat ke dalam diri dan berusaha memastikan apakan kesilapan dan juga kelemahan anda dan berusaha memperbaiki diri tanpa dipengaruhi emosi dan rasa ego di dalam diri anda. Perasaan benci tersebut haruslah dihilngkan ataupun lesap serta merta di dalam seluruh kehidupan anda. Jikalau anda tidak suka akan seseorang ataupun sikapnya berdoalah kepada Allah semoga Allah akan permudahkan segala rasa benci yang berada di dalam hati naluri anda. 

Katakan, anda telah dikecewakan oleh seseorang sehingga memusnahkan segala kehidupan anda , berusahalah untuk memaafkannya dan percayalah mungkin hamba Allah itu ada sebab tertentu dan juga tiada yang sempurna di bumi ini. Yang sempurna dan serba lengkap hanya yang maha esa. Selagi perasaan benci masih wujud di dalam hati anda, maka selagi itulah anda tidak berpeluang menikmati kebahagiaan yang anda cari selama ini.
Senantiasa berfikir positif dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang remeh temeh. 

Kehidupan yang kita nikmati dan miliki sekarang adalah bersifat sementara dan haruslah dihargai sebaik yang mungkin. Yang kekal hanyalah kehidupan yang maha abadi yang akan menentukan kita di sana nanti.

Jangan ada benci dan senantiasalah berdoa dan berharap pada yang maha esa moga dipermudahkan segala urusan dan juga masalah yang anda sedang hadapi. Insha Allah kebahagiaan akan datang sendiri dengan secara tidak langsung dan tanpa anda sedari.


Nukilan Rasa,
Sariah Awang Senik

-------------------------------------------------------------

       PUR Q ACTIVE

Makanan minda yang berasaskan jelly dan amat digemari oleh semua kanak-kanak. 
Berasaskan garam bukit, zafaran dan juga terapi ayat-ayat ruqyah
Membantu melancarkan oksigen di dalam otak. 
Dengan mengamalkan memakan jelly PUR Q ACTIVE ini, anda dapat mengatasi masalah anak-anak seperti;
*** Anak yang degil dan juga malas
*** Kurang tumpuan di dalam kelas dan juga pembelajaran.
*** Sukar bangun pagi.
*** Sukar mengerjakan solat
*** Sukar mematuhi arahan ibubapa.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut dan juga ingin mencuba memberi anak anda memakan jelly PUR Q ACTIVE ini boleh terus hubungi saya:
*** Sariah Awang Senik
*** 019-4075634
*** Email sariah.awangsenik@gmail.com
*** Facebook Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...