Friday 8 August 2014

BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Assalamulaikum, bersyukur kerana masih berpeluang untuk menulis dan juga menulis di blog yang sangat di sayangi. Hampir setengah tahun mempunyai blog yang ke 2 dan sekarang makin berusaha sedaya upaya melengkapkan apa yang patut di ruangan ini. Walaupun sudah mempunyai pageviews seramai 3287 pembaca yang singgah membaca di blog ini, namun masih tidak berpuas hati dan senantiasa mencari idea baru yang lebih segar, panas dan yang paling penting dapat memberikan maklumat yang lebih terperinci kepada orang lain.

Tidak mahu berpuas hati dengan angka pageviews yang ramai, kini telah aktif dan nekad untuk kemaskinikan blog yang ada tentang apa sahaja contohnya tentang:
- Pengalaman peribadi
- Pengalaman produk
- Petua rumahtangga
- Cara mengasuh kanak-kanak
- Kemahiran contohnya, menjahit, memasak, mengemas, kraftangan dan bermacam-macam lagi.

Dengan adanya blog, anda boleh bercerita apa sahaja perkara yang positif dan yang paling penting elakkan bercerita tentang perkara yang negatif. Blog juga adalah salah satu latihan untuk anda mengenal dan juga mengesan kemahiran yang ada di dalam diri seseorang.

Segala maklumat yang ada di blog, umpama membuka sebuah kedai yang mempunyai pelbagai barangan yang sangat berguna kepada orang lain dan juga boleh di beli dengan harga yang paling berpatutan.

Kini, penulis nekad untuk terus menulis di blog ini dan juga akan pastikan setiap maklumat yang di tulis umpama suatu informasi yang sangat berguna terutama kepada mereka yang gemar melayari internet dan tidak perlu membuang masa untuk keluar daripada rumah.

Wishlist :
Mempunyai impian menjadi seorang penulis yang mempunyai.aura dan juga kelainanya yang tersendiri.
Ingin menulis buku tentang pengalamn kehidupan yang tersendiri.

Coretan Blog
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...